Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTRY OF DEFENCE CELEBRATE THE NEW ISLAMIC YEAR 1444 HIJRAH


BOLKIAH GARRISON, Friday, 05 August 2022 - The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) celebrated the new Islamic Year 1444 Hijrah at Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garrison and all suraus in RBAF garrisons, bases and camps including Masjid Pulau Baru-Baru today.


The event was attended by Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence and Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also present were the Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries, officers and staff of the Ministry of Defence and RBAF.


The event was enlivened with the recitation of verses from the Al-Qur’an and followed by a religious talk titled, ‘Bersabar, Berikhtiar, Berdoa dan Bertawakkal Menghadapi Ujian: Memacu Wawasan Negara’ delivered by Ustaz Haji Amynoor bin Haji Mohammad Yaakob from the Department of Mosque Affairs, Ministry of Religious Affairs. 








Surau Ad-Difa' Bolkiah Garison














KEMENTERIAN PERTAHANAN MENYAMBUT AWAL TAHUN 

BAHARU HIJRAH 1444 


BOLKIAH GARISON, Jumaat, 05 Ogos 2022 - Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Sambutan Awal Tahun Baharu Hijrah 1444 bertempat di Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison dan di kesemua surau garison, pangkalan dan perkhemahan ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru pada hari ini.


Turut hadir, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan dan Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Hadir bersama ialah Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap beserta Pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.


Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah disemarakkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an diikuti dengan penyampaian ceramah khas bertajuk ‘Bersabar, Berikhtiar, Berdoa dan Bertawakkal Menghadapi Ujian: Memacu Wawasan Negara’ yang disampaikan oleh Ustaz Haji Amynoor bin Haji Mohammad Yaakob dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Attachments