Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
DEPUTY MINISTER OF DEFENCE RECEIVES INTRODUCTORY CALL FROM AMBASSADOR EXTRAORDINARY AND PLENIPOTENTIARY OF THE REPUBLIC OF THE PHILIPPINES TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Monday, 19 September 2022 – Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, received a courtesy call this morning from Her Excellency Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of the Philippines to Brunei Darussalam.


During the call, Deputy Minister of Defence took the opportunity to congratulate Her Excellency on her appointment. Both sides expressed satisfaction upon the warm and cordial defence relations shared between Brunei Darussalam and the Republic of the Philippines, enabled through various defence and military engagements; and welcomed more opportunities to work closely together and expand the already established defence relations.


Defence relations between Brunei Darussalam and the Republic of the Philippines had been strengthened through the signing of Memorandum of Understanding in Defence Cooperation signed on 22 August 2001.


Her Excellency Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio presented her Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 24 May 2022.





TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK FILIPINA 

KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Isnin 19 September 2022 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam.


Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan mengucapkan tahniah atas pelantikan Puan Yang Terutama sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam. Kedua-dua pihak menyatakan rasa puas hati atas hubungan pertahanan yang mesra di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina melalui interaksi pertahanan dan ketenteraan di pelbagai peringkat serta mengalu-alukan lebih banyak peluang untuk bekerjasama dan mengembangkan hubungan pertahanan yang sedia ada.


Hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina telah dikukuhkan dengan penandatangan Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan pada 22 Ogos 2001.


Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan beliau Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 24 Mei 2022.


Attachments