Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE ORGANISED A KHATAM AL-QUR’AN FUNCTION IN CONJUNCTION WITH BRUNEI DARUSSALAM 39TH NATIONAL DAY CELEBRATION



BOLKIAH GARRISON, Friday, 17 March 2023 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) organised a Khatam Al-Qur’an function in conjunction with Brunei Darussalam’s 39th National Day celebration at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.

 

This annual function is aimed at expressing a sense of and prayers to Allah Subhanahu wa Ta’ala for the country’s peace and prosperity and to honour the purity of the Al-Qur’an Al-Karim. At the same time to nurture and instill the spirit of love for the Al-Qur’an Al-Karim among Ministry of Defence and RBAF’s personnel in addition to enlivening Brunei Darussalam's 39th National Day celebration.


Present at the function was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, who initiated the event by leading the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah.


Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces, Acting Permanent Secretary of Ministry of Defence, senior leadership, officers and staff from the Ministry of Defence and RBAF were also present at the function.  

 

The Khatam Al-Qur’an function was followed with Dikir Marhaban and recitation of Doa Khatam Al-Qur’an by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Director of RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The function was also graced with the presentation of a Tazkirah titled "Preparation for Ramadhan" by Captain Md Farid bin Md Raffi. Among the points highlighted in the Tazkirah was the opportunity to multiply acts of worship to Allah Subhanahu wa Ta'ala which include the Fardh and Sunnah practices.













KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-39


BOLKIAH GARISON, Jumaat, 17 Mac 2023 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.

 

Majlis tahunan ini adalah bertujuan bagi menzahirkan rasa penuh kesyukuran dan memanjat doa ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk keamanan dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam serta mengagungkan kesucian Al-Qur’an Al-Karim. Pada masa yang sama menyemai semangat mencintai dan menghayati Al-Qur’an Al-Karim di kalangan pegawai, kakitangan serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.


Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II yang telah memulakan majlis dengan memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah. 


Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, peringkat kepimpinan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB juga hadir ke majlis tersebut. 

 

Majlis Khatam Al-Quran tersebut disusuli dengan Dikir Marhaban dan Doa Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis pada pagi ini juga diserikan dengan penyampaian tazkirah bertajuk “Persiapan Bagi Ramadhan” oleh Kapten Md Farid bin Md Raffi. Antara yang disentuh dalam tazkirah tersebut adalah mengenai peluang melipatkan gandakan amal ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala termasuk amalan-amalan Fardhu dan Sunat. ​


Attachments