Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE HELD NISFU SYA'ABAN 1445 HIJRAH EVENT


BERAKAS GARRISON, Saturday, 24 February 2024 - The Ministry of Defence held a Nisfu Sya'aban 1445 Hijrah event simultaneously across all Ministry of Defence suraus including Masjid Pulau Baru-Baru, with the focal event at Surau Al-Faizun, Berakas Garrison.

Present at the event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and the Minister of Defence II. Also present were Major General Dato Paduka Seri Haji Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Brigadier General Haji Shannonizam bin Sulaiman, Royal Brunei Land Force Commander, along with senior leadership as well as staff and personnel of the Ministry of Defence.

Residents and village heads nearby were also invited to the event.

The event began with a mass
Fardhu Maghrib and Sunat Hajat prayer followed by three recitations of Surah Yaasin led by Captain Abdul Mu'iz Azizi bin Haji Zulkifli. The event continued with a special Doa to mark Nisfu Syaaban 1445 Hijrah led by Imam Muhd Syakir Farhan bin Haji Omar and concluded with a mass Fardhu Isya' prayers led by Private Abdul Manan bin Othman.

The event aimed to encourage officers and personnel of the Ministry of Defence and other invitees to heighten their deeds, seek Allah Subhanahu Wata'ala's forgiveness and blessings during the night of 
Nisfu Sya'aban, a night that is full of blessings and prosperity for all Muslims.



Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison


Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei



Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara 


Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison



Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong



Surau Ar- Rahmah, 3bn Perkhemahan Lumut



Surau Perkhemahan Sungai Akar



Surau Al-Quwwah, Bangar Kem



Masjid Kampung Pulau Baru-Baru




Surau Asy-Syuhada, Akademi Pertahanan


KEMENTERIAN PERTAHANAN ADAKAN MAJLIS SAMBUTAN NISFU SYA'ABAN 1445 HIJRAH

BERAKAS GARISON, Sabtu, 24 Februari 2024 - Kementerian Pertahanan, telah mengadakan Majlis Sambutan Nisfu Sya'aban 1445 Hijrah secara serentak di seluruh surau Kementerian Pertahanan termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Al-Faizun', Berakas Garison.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir juga ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral Haji Shannonizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, serta seluruh peringkat kepimpinan, dan warga Kementerian Pertahanan. Penduduk-penduduk, ketua-ketua kampung yang berhampiran juga turut dijemput ke majlis tersebut.

 

Majlis tersebut dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib dan sembahyang Sunat Hajat berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Yaasin sebanyak tiga kali yang dipimpin oleh Kapten Abdul Mu'iz Azizi bin Haji Zulkifli. Majlis diteruskan dengan bacaan doa khas Nisfu Syaaban 1445 Hijrah yang diketuai oleh Imam Muhd Syakir Farhan bin Haji Omar dan diakhiri dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah yang dipimpin oleh Soldadu Abdul Manan bin Othman.

Majlis berkenaan antara lain bertujuan untuk menggalakkan warga Kementerian Pertahanan dan para jemputan yang turut hadir untuk meningkatkan amal ibadat, memohon keampunan dan keredhaan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala pada majlis Nisfu Sya'aban, malam yang penuh keberkatan dan keistimewaan.


Attachments