BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 9 July 2024 – The Ministry of Defence today received an official visit from Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Minister of Defence Malaysia, who is currently in Brunei Darussalam from 8 to 9 July 2024.
Upon arrival at the Ministry of Defence, Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, and received a General Salute and inspected the Guard of Honour comprising personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF).
Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled called on Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. During the call, both parties expressed their satisfaction with the robust and growing level of defence and military relations between the two countries, acknowledged the importance of continuing the cooperation, and in addition to discussing regional and global peace and security.
The official visit of Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin to Brunei Darussalam marks the first visit since he was appointed as the Minister of Defence of Malaysia last December 2023.
LAWATAN RASMI MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Selasa, 9 Julai 2024 – Kementerian Pertahanan telah menerima lawatan rasmi daripada Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam dari 8 hingga 9 Julai 2024.
Sejurus tiba di Kementerian Pertahanan, Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah disambut oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, dan menerima Tabik Hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled kemudiannya mengadakan kunjungan muhibah kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak menyatakan rasa puas hati dengan tahap hubungan pertahanan dan ketenteraan yang kukuh dan terus berkembang diantara kedua buah negara, mengakui kepentingan untuk meneruskan kerjasama yang ada, dan disamping berbincang mengenai keamanan dan keselamatan serantau dan global.
Lawatan rasmi Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin ke Negara Brunei Darussalam merupakan lawatan yang pertama sejak beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia pada Disember 2023 yang lalu.