Skip Ribbon Commands
Skip to main content
COMMANDER OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES ATTENDS THE 21st ASEAN CHIEFS OF DEFENCE FORCES’ MEETING IN VIENTIANE, LAO PEOPLE'S DEMOCRATIC REPUBLIC


​VIENTIANE, LAO PEOPLE'S DEMOCRATIC REPUBLIC, Thursday, 5 September 2024 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), attended the 21st ASEAN Chiefs of Defence Forces’ Meeting (21st ACDFM) in Vientiane, Laos People’s Democratic Republic, chaired by Lieutenant General Khamlieng Outhakaisone, Deputy Minister of National Defence, Chief of General Staff of the Lao People’s Army with the theme “ASEAN: Together for Peace, Security and Resilience”.

The Commander of the RBAF was accompanied by the Acting Joint Force Commander as RBAF’s Head of the 14th ASEAN Military Operations Meeting (AMOM) and the Director of Intelligence as RBAF’s Head of the 21st ASEAN Military Intelligence Meeting (AMIM). Both AMOM and AMIM was held concurrently from 1 to 3 September 2024, in preparation for the 21st ACDFM. 

During the 21st ACDFM, the ASEAN Chiefs of Defence Forces agreed to adopt the ASEAN Militaries Two-Year Activity Work Plan for 2024-2026 and signed the 21st ACDFM Joint Statement. Meanwhile, in the exchange of views session, the Commander of the RBAF shared perspectives on several regional security challenges. By reflecting on this year’s theme, the Commander of the RBAF highlighted on the importance of ACDFM as a platform for ASEAN militaries as it provides the opportunity to foster understanding, strengthen relationships and address mutual concerns. The meeting concluded with the handover ceremony of the ACDFM Chairmanship to Malaysia as the next Chairman of the 22nd ACDFM in 2025.

The Commander of the RBAF also held separate bilateral meetings with several ASEAN Chiefs of Defence Forces to discuss bilateral defence relations and cooperations.





PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI MESYUARAT ASEAN CHIEFS OF DEFENCE FORCES’ KALI KE-21 DI VIENTIANE, REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAOS

VIENTIANE, REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAOS, Khamis, 5 Septamber 2024 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghadiri Mesyuarat ASEAN Chiefs of Defence Forces’ Ke-21 (ACDFM Ke-21) di Vientiane, Republik Demokratik Rakyat Laos yang telah dipengerusikan oleh Leftenan Jeneral Khamlieng Outhakaisone, Timbalan Menteri Pertahanan Nasional, Chief of General Staff, Tentera Darat Laos dengan bertemakan “ASEAN: Together for Peace, Security and Resilience”.

Pemerintah ABDB turut diiringi oleh Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB selaku Ketua bagi Mesyuarat ASEAN Military Operations Ke-14 (AMOM Ke-14) dan juga Pengarah Perisikan selaku Ketua bagi Mesyuarat ASEAN Military Intelligence kali ke-21 (AMIM Ke-21). Kedua-dua AMOM dan AMIM telah diadakan serentak dari 1 hingga 3 September 2024, sebagai persediaan untuk ACDFM ke-21.

Semasa ACDFM Ke-21, Ketua-ketua Turus Pertahanan ASEAN telah mempersetujui Pelan Kerja Aktiviti-Aktiviti Bagi Tempoh Dua Tahun Tentera - Tentera ASEAN bagi tahun 2024-2026 dan seterusnya menandatangani Pernyataan Bersama ACDFM Ke-21. Disamping itu, dalam sesi pertukaran pandangan, Pemerintah ABDB telah mengongsikan perspektif tentang cabaran-cabaran keselamatan serantau. Dengan menyentuh tema pada tahun ini, Pemerintah ABDB turut menekankan akan kepentingan ACDFM sebagai platform bagi Tentera-Tentera ASEAN untuk memberikan pelbagai peluang untuk meningkatkan persefahaman, memperkuatkan hubungan dan membincangkan isu-isu berkepentingan bersama. Mesyuarat tersebut diakhiri dengan majlis penyerahan tugas Pengerusi ACDFM kepada Malaysia selaku Pengerusi ACDFM Ke-22 bagi tahun 2025.

Pemerintah ABDB juga mengadakan perjumpaan dua-hala secara berasingan dengan beberapa Ketua-ketua Turus Pertahanan ASEAN untuk membincangkan hubungan dan kerjasama pertahanan dua hala.​


Attachments