Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THE MINISTRY OF DEFENCE HOLDS KHATAM AL-QUR’AN FUNCTION IN CONJUNCTION WITH HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM’S 78TH BIRTHDAY CELEBRATION FOR THE YEAR 1446 HIJRAH / 2024 MASEHI



​MUARA NAVAL BASE, Friday, 6 September 2024 – The Ministry of Defence held a Khatam Al-Qur'an function in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam 78th birthday celebration for 1446 Hijrah /2024 Masehi at Surau Al-Huda, Royal Brunei Navy (RBN) this morning. Similar functions were also held simultaneously at all Royal Brunei Armed Forces (RBAF) suraus and Pulau Baru-Baru Mosque. 

The Khatam Al-Quran event led by Ustaz Mohd Rif’at Atiyah bin Anwari from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT), was held as a special gift to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam as an expression of gratitude and to pray to Allah the Almighty for His Majesty will continue to be blessed with prolonged longevity, good health and continue to reign Brunei Darussalam. This annual function is also an expression of undivided loyalty to the sovereign and wise King as the country's benevolent leader who is caring, compassionate and has the heart for his subjects. 

The function began with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah led by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. 

The event then proceeded with the reading of the Al-Qur’an and recitation of Surahs, mass reading of Takhtim and Tahlil, followed by the Khatam Al-Qur'an Doa.  Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II also presented mementos to the participants of Khatam
Al-Qur'an.

Also present were Acting Commander of the RBAF, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Deputy Services Commanders, Commandant of Training Institute RBAF (TI RBAF), officers and personnel of the Ministry of Defence. Also invited as special guests were Awang Murni bin Haji Misir, Assistant Superintendent, Muara Branch, Fire and Rescue Department; Awang Faizal Bahrin bin Haji Bujang, Senior Custom Controller, Muara Branch, Royal Customs and Excise Department; Dayang Hajah Halimah bin Haji Moktar, Head of Post Control, Serasa Ferry Terminal, Muara, Department of Immigration and National Registration and Awang Shahminan bin Haji Abdul Rahman, Acting Mukim head of  Serasa and Village Head for Kapok.



 

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei


Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison


Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison


Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba


Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut


Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2Bn


Surau Al-Quwwah, Bangar Kem 


Surau Asy Syuhada, Tanah Jambu


Surau RPD Sungai Akar


Masjid Kampong Pulau Baru-Baru


KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-78 BAGI 1446 HIJRAH / 2024 MASEHI

PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Jumaat, 6 September 2024 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 bagi Tahun 1446 Hijrah / 2024 Masehi di Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) pagi ini. Majlis serupa juga diadakan secara serentak di semua surau-surau Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Masjid Pulau Baru-Baru. 

Majlis Khatam Al-Qur’an yang dikepalai oleh Ustaz Mohd Rif’at Atiyah bin Anwari dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), merupakan pesambah istimewa Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi menzahirkan rasa penuh kesyukuran dan bermunajat kehadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan terus dikurniakan nikmat lanjut usia dan kesihatan serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.  Acara tahunan ini juga adalah sebagai cetusan wacana taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja yang berdaulat lagi bijaksana yang sangat prihatin, pemedulian dan berjiwa rakyat. 

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. 

Majlis seterusnya disusuli dengan bacaan Al-Qur’an dan surah-surah lazim, bacaan Takhtim dan  Tahlil beramai-ramai, diikuti dengan bacaan Doa Khatam Al-Qur’an. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II juga turut menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta Khatam Al-Qur’an.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan,  Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan Institut Latihan ABDB (IL ABDB), pegawai-pegawai dan warga Kementerian Pertahanan. 

 

Turut hadir selaku jemputan khas ialah Yang Mulia Awang Murni bin Haji Misir, Penolong Penguasa Bomba, Balai Bomba Muara, Jabatan Bomba dan Penyelamat; Yang Mulia Awang Faizal Bahrin bin Haji Bujang, Penguasa Kastam Kanan, Cawangan Muara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja; Dayang Hajah Halimah bin Haji Moktar, Ketua Pos Kawalan Feri Terminal Serasa, Muara, Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Awang Shahminan bin Haji Abdul Rahman, Pemangku Pengulu Mukim Serasa selaku Ketua Kampung Kapok. 


Attachments