
The Ministry of Defence would like to inform the public that the Royal Brunei Land Forces will be conducting EXERCISE SEMANGAT WAJA SERIES 08/2026 from Wednesday, 21 January 2026 to Friday, 30 January 2026, at several selected locations across all four districts - Brunei Muara District, Temburong District, Tutong District and Belait District.
Throughout the duration of this exercise, members of the public are advised not to be alarmed by the increased movements of military assets and personnel through land, air and riverine routes. In this regard, afftected road and river users are advised to use alternative routes to ensure smooth traffic flow and the safety of all parties.
Members of the public are also strictly prohibited from approaching, entering or being present within the exercise areas in order to prevent any unwanted incidents, thereby ensuring that public safety is continuously safeguarded.
At the same time, the Ministry of Defence emphasizes that no photographs or video recordings pertaining to this exercise are to be taken or disseminated on any social media platforms, in order to preserve the confidentiality and integrity of the exercise’s execution. Any dissemination of unverified or false information constitutes an offence under Section 34 of the Public Order Act, Chapter 148 – Dissemination of False Report.
Lastly, the MInistry of Defence extends its utmost appreciation and gratitude for the cooperation and support of the public in ensuring the successful conduct of this exercise.

KENYATAAN MEDIA
MAKLUMAN EKSESAIS SEMANGAT WAJA
SIRI 08/2026
Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Tentera Darat Diraja Brunei akan melaksanakan EKSESAIS SEMANGAT WAJA SIRI 08/2026 bermula hari Rabu, 21 Januari 2026 hingga hari Jumaat, 30 Januari 2026, bertempat di beberapa kawasan terpilih di keempat-empat daerah - Daerah Brunei dan Muara, Daerah Temburong, Daerah Tutong dan Daerah Belait.
Sepanjang tempoh eksesais ini, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak berasa cemas dengan peningkatan pergerakan aset-aset dan anggota tentera yang melibatkan laluan darat, udara dan sungai. Sehubungan dengan itu, para pengguna jalanraya dan sungai yang dijangka terkesan adalah disarankan untuk menggunakan laluan alternatif demi memastikan kelancaran pergerakan dan keselamatan semua pihak.
Orang ramai juga dilarang keras untuk menghampiri, memasuki atau berada di kawasan eksesais bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini, sekaligus memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara.
Dalam masa yang sama, Kementerian Pertahanan turut menegaskan agar tiada sebarang gambar ataupun rakaman video berkaitan eksesais ini diambil atau disebarkan di mana-mana platform media sosial bagi memelihara kerahsiaan serta integriti perlaksanaan eksesais berkenaan. Sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih adalah merupakan satu kesalahan di bawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 - Penyebaran Maklumat Palsu.
Akhir sekali, Kementerian Pertahanan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama serta sokongan orang ramai dalam menjayakan perlaksanaan eksesais ini.