Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE ATTEND THE 14TH IISS SHANGRI-LA DIALOGUE SHERPA MEETING

REPUBLIC OF SINGAPORE, Monday, 19 January 2026 - The Ministry of Defence, Brunei Darussalam, attended the 14th International Institute for Strategic Studies (IISS) Shangri-La Dialogue Sherpa Meeting, held from 18 to 20 January 2026 at the Shangri-La Hotel, Republic of Singapore.

This year’s meeting featured four sessions, each addressing key regional and security challenges: Recalibrating Deterrence and Reassurance; Regional Security Architecture amid Global Instability; Multi-Domain Warfare in Contemporary Conflicts; and Cooperative Solutions for Hybrid Threats in Asia.

During the meeting, Brunei’s delegation actively engaged in discussions and shared insights on regional security cooperation. In addition, the delegation also held side discussions with counterparts to exchange perspectives and explore potential areas for future collaboration.

Since 2013, the IISS has organised the Shangri-La Dialogue Sherpa Meeting, also known as the Fullerton Forum, which provides a platform for senior defence officials, high-ranking military officers, and non-governmental experts to discuss critical regional security concerns.



KEMENTERIAN PERTAHANAN HADIRI MESYUARAT SHERPA DIALOG SHANGRI-LA IISS KE-14

REPUBLIK SINGAPURA, Isnin, 19 Januari 2026 – Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Mesyuarat Sherpa Dialog Shangri-La International Institute for Strategic Studies’ (IISS) ke-14, yang berlangsung pada 19 hingga 21 Januari 2025 di Hotel Shangri-La, Republik Singapura.

Mesyuarat tahun ini menampilkan empat sesi yang memberi tumpuan kepada cabaran utama serantau dan keselamatan: Menyemak Semula Pencegahan dan Penjaminan; Seni Bina Keselamatan Serantau di tengah Ketidakstabilan Global; Perang Pelbagai Domain dalam Konflik Kontemporari; dan Penyelesaian Kerjasama bagi Ancaman Hibrid di Asia.

Semasa mesyuarat tersebut, delegasi Brunei terlibat secara aktif dalam perbincangan dan berkongsi pandangan mengenai kerjasama keselamatan serantau. Selain itu, delegasi juga mengadakan perbincangan sampingan untuk bertukar-tukar pandangan dan menerokai potensi bidang kerjasama di masa hadapan.

Sejak 2013, IISS telah menganjurkan Mesyuarat Sherpa Dialog Shangri-La, yang juga dikenali sebagai Forum Fullerton, yang menyediakan platform bagi pegawai pertahanan kanan, pegawai tentera berpangkat tinggi, dan pakar bukan kerajaan untuk membincangkan isu keselamatan serantau yang kritikal.



Attachments