Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF STUDENT PILOTS COMPLETE MULTI ENGINE PILOT COURSE


CAMDEN, AUSTRALIA, Monday, 17 July 2023 – 02 Royal Brunei Air Force (RBAirF) student pilots, Lieutenant (U) Awang Muhammad Syarafur Rahman bin Awang Haji Ya'akub and Lieutenant (U) Abdul Qayum Ar'Rasyid bin Zaidi, successfully completed their Multi Engine Pilot Course at Air Combat Australia (ACA), Camden, Australia. Upon completion of the Basic Flying Training (BFT) earlier this year, the student pilots continued to undergo the three-month advanced flying course with a total of 62 flying hours by each student pilots. 

The advanced flying training includes both flying exercises and ground theory, that highlight the importance of understanding the aircraft functions and its systems that includes the hydraulics, electronics and engine systems. The flying exercises that are flown during day and night conditions, consist of the understanding of basic flight controls including taxing and general handling of the aircraft with emergency procedure, flying in circuits, navigation drills, and instrument flight regulations (IFR) procedures.

On the successful completion of the advanced course, the student pilots will earn their wings on their return, signifying the end to their student pilot training and putting them on the path to becoming operational pilots, bound for future fixed-wing operations in the RBAirF.



PENUTUP KURSUS MULTI ENGINE PILOT COURSE BAGI PELATIH JURUTERBANG TUDB

CAMDEN, AUSTRALIA, Isnin, 17 Julai 2023 - 02 pelatih juruterbang Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Leftenan (U) Awang Muhammad Syarafur Rahman bin Awang Haji Ya'akub dan Leftenan (U) Abdul Qayum Ar'Rasyid bin Zaidi berjaya menamatkan kursus latihan Multi Engine Pilot Course di Air Combat Australia, Camden, New South Wales, Australia.

Kursus ini merupakan kursus lanjutan yang dijalankan selepas pelatih-pelatih juruterbang berhasil menamatkan Latihan Asas Terbang (BFT) di tempat yang sama pada awal tahun lalu. Setiap pelatih juruterbang telah selesai melaksanakan penerbangan sebanyak 62 jam dalam tempoh 03 bulan.

Kursus ini terbahagi kepada kelas teori dan latihan penerbangan. Kelas teori menekankan kepentingan kefahaman pesawat dan sistem pesawat yang digunakan termasuk sistem hidrolik, elektronik, mekanikal dan enjin pesawat. Latihan penerbangan dimulakan dengan latihan asas pesawat dan beberapa latihan kecemasan, latihan penerbangan litar, latihan navigasi dan latihan prosedur peraturan penerbangan instrumen (IFR). Latihan-latihan tersebut dijalankan pada waktu siang dan malam.

Dengan penamatan kursus lanjutan tersebut, pelatih-pelatih juruterbang akan disampaikan lencana sayap mereka selepas pulang dari kursus tersebut. Ianya akan menandakan berakhirnya status mereka sebagai pelatih juruterbang kepada juruterbang beroperasi khasnya bagi penerbangan pesawat Fixed Wing TUDB.