Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF FLIGHT SAFETY DAY 2024

KAMPONG TANAH JAMBU, Monday, 22 July 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Flight Safety Day an annual event that serves as a testament to RBAirF's unwavering commitment to ensure the highest standard of safety and excellence in its operations was held at Defence Academy Royal Brunei Armed Forces Auditorium. This event presents an opportunity for airmen, aviation experts and industry stakeholders to come together and engage in meaningful discussions on enhancing flight safety measures.

The RBAirF Flight Safety Day 2024 was graced by His Royal Highness Major (U) Prince 'Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah and officiated by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF with his opening remark. Also in attendance were representatives from the Department of Civil Aviation, Royal Brunei Airlines, Royal Air Force United Kingdom, Republic of Singapore Air Force and Logistics Delivery Aviation.

The event featured three presentations on the theme "Enhancing Flight Safety Through Effective Communication and Decision-Making." Speakers included Flight Lieutenant Ben Davidson from 230 Squadron Royal Air Force, Major Samuel Boh from Republic Singapore Air Force Brunei Helicopter Detachment, and Captain (U) Dayangku Nurul Hayatul Rashidah binti Pengiran Johari from 37 Squadron, No. 3 Wing, RBAirF. A panel discussion with the presenters was moderated by Lieutenant Colonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Commanding Officer No. 4 Wing, RBAirF.

As part of The RBAirF Flight Safety Day 2024 the presentation of awards is a crucial component in recognition of the commitment to maintaining the highest standard of safety. The Head of Aviation Safety Excellence and Flight Safety Champion Awards were presented by the RBAirF Commander to individuals recognised by the Aviation Safety team as well as presentation of prizes to the winners for the Flight Safety Poster and Video Competition 2024.

The event proceeded with a forum on "Learning from Experience in Flight Safety - Human Factors in Flight Safety: Best Practices and Emerging Strategies," moderated by Major (U) Mohammad Qamarularifin bin Haji Ramli with panelists comprising of RBAirF officers in their specialised fields. The RBAirF Flight Safety Day 2024 concluded with Closing remarks from the Head of Aviation Safety, Lieutenant Colonel (U) Colin Would.


HARI KESELAMTAN PENERBANGAN TUDB 2024

KAMPONG TANAH JAMBU, Isnin, 22 Julai 2024 – Hari Keselamatan Penerbangan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) adalah acara tahunan yang menjadi bukti komitmen TUDB bagi memastikan standard tertinggi dan kecermalangan dalam operasi, yang diadakan di Dewan Auditorium Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Acara ini memberikan peluang kepada juruterbang, pakar penerbangan dan pihak berkepentingan industri bagi untuk bersama-sama dan terlibat dalam perbincangan bermakna bagi meningkatkan langkah keselamatan penerbangan.

Berangkat ke Majlis Hari Keselamatan TUDB 2024 ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB turut memberikan ucapan perasmian bagi merasmikan majlis tersebut. Turut hadir ialah wakil dari Jabatan Penerbangan Awam, Royal Brunei Airlines, Royal Air Force United Kingdom, Tentera Udara Republik Singapura dan Logistics Delivery Aviation.

Acara tersebut menampilkan tiga pembentangan bertemakan "Meningkatkan Keselamatan Penerbangan Melalui Komunikasi dan Pembuatan Keputusan yang Berkesan." Pembentang terdiri daripada Flight Lieutenant Ben Davidson dari 230 Squadron Royal Air Force, Mejar Samuel Boh dari Detasmen Helikopter Tentera Udara Republik Singapura Brunei, dan Kapten (U) Dayangku Nurul Hayatul Rashidah binti Pengiran Johari dari Skuadron 37, Cawangan No. 3, TUDB. Sesi perbincangan turut diadakan yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4, TUDB.

Sebagai sebahagian daripada Hari Keselamatan Penerbangan TUDB 2024, penyampaian anugerah adalah komponen penting dalam mengiktiraf komitmen untuk mengekalkan standard keselamatan yang tertinggi. Anugerah Kecemerlangan Keselamatan Penerbangan dan Juara Keselamatan Penerbangan disampaikan oleh Pemerintah TUDB kepada individu yang diiktiraf oleh Ahli Keselamatan Penerbangan serta penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Poster dan Video Keselamatan Penerbangan 2024.

Acara tersebut diteruskan dengan forum bertajuk "Pembelajaran dari Pengalaman dalam Keselamatan Penerbangan - Faktor Manusia dalam Keselamatan Penerbangan: Amalan Terbaik dan Strategi Baharu," diketuai oleh Mejar (U) Mohammad Qamarularifin bin Haji Ramli, bersama ahli panel yang terdiri daripada Pegawai-pegawai TUDB dari pelbagai kepakaran. Hari Keselamatan Penerbangan TUDB diakhiri dengan ucapan penutup daripada Leftenan Kolonel (U) Colin Would.