Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF BRINGS HOME SILVER AND BRONZE MEDALS AT RBAF FOOTBALL AND TUG OF WAR COMPETITIONS 2024

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 23 August 2024 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) secured both silver and bronze medals in the 2024 Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Football and Tug of War Competitions.

The RBAirF Football team clinched 3rd place, through points system, in a hard-fought match that showcased teamwork, discipline, and relentless determination.

The Heavyweight Tug of War team from RBAirF demonstrated outstanding strength and resilience, earning the silver medal after an intense competition against the Royal Brunei Navy. Meanwhile, the Lightweight Tug of War team secured the bronze medal, further highlighting the Air Force's exceptional athletic prowess and commitment to excellence.

The competitions took place in a spirited atmosphere, fostering camaraderie and sportsmanship among the RBAF units. The Guest of Honour, Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces, presented the medals to the victorious teams.

The RBAirF's success in these competitions is a testament to the dedication and physical endurance of its personnel. This achievement not only reflects the Air Force's excellence in sports but also its readiness and discipline in all aspects of military service.

RBAirF would like to congratulate all the personnel involved both in the football and tug of war competitions on the victory that has been achieved.


TUDB MENYANDANG PINGAT PERAK DAN GANGSA DI PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAN TARIK KALAT PERINGKAT ABDB 2024

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma'at, 23 Ogos 2024 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUBD) memperoleh pingat perak dan gangsa dalam Pertandingan Bola Sepak dan Tarik Kalat Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2024.

Pasukan Bola Sepak TUDB merangkul tempat ke-3 melalui sistem pemarkahan, dalam perlawanan hebat yang mempamerkan kerja berpasukan, disiplin, dan keazaman yang berterusan.

Pasukan Tarik Kalat kategori Heavyweight dari TUDB menunjukkan kekuatan dan daya tahan yang luar biasa, memperoleh pingat perak selepas saingan mencabar menentang Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Sementara itu, pasukan Tarik Kalat kategori lightweight memperoleh pingat gangsa, memaparkan kehebatan atletik TUDB yang luar biasa dan komitmen terhadap kecemerlangan.

Pertandingan berlangsung dalam suasana yang penuh semangat, memupuk semangat setiakawan dan semangat kesukanan dalam kalangan unit ABDB. Tetamu Kehormat, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB hadir bagi menyampaikan pingat kepada pasukan yang menang.

Kejayaan TUDB dalam pertandingan ini adalah bukti dedikasi dan ketahanan fizikal anggota-anggota TUDB. Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan TUDB dalam bidang sukan tetapi juga kesediaan dan disiplinnya dalam semua aspek perkhidmatan ketenteraan.

Pihak TUDB ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua anggota yang terlibat dalam pertandingan bola sepak dan tarik kalat atas kemenangan yang telah dicapai.