Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MEMBERS OF TAKMIR, MUSLIMAH, YOUTHS OF ZONE 4 BRUNEI MUARA DISTRICT VISIT TO RBAirF

​RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 22 August 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted a visit from 100 members from Takmir, Muslimah, and the Youths of Zone 4 Brunei Muara District to gain general exposure and knowledge on the government and public sector management, as well employment opportunities at Rimba Air Force Base.

Lieutenant (U) Monira binti Abdullah from No. 4 Wing Support Group, welcomed the group with an introductory brief on the RBAirF's roles and responsibilities toward the nation. Subsequently, the delegation was given a tour of the RBAirF aircraft  and equipment that have been in service since its establishment. The visit concluded with a group photo session for good memories during the visit.

This engagement activity fosters and strengthens the relationship between the RBAirF and the public by offering a greater understanding of the RBAirF's roles and responsibilities in supporting the nations including the community.


AHLI-AHLI TAKMIR, MUSLIMAH, BELIA-BELIAWANIS ZON 4 DAERAH BRUNEI MUARA KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 22 Ogos 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima lawatan daripada 100 Ahli-ahli Takmir Muslimah, Belia-Beliawanis Zon 4 Daerah Brunei Muara bagi mendapatkan pendedahan dan pengetahuan am dalam pengurusan kerajaan dan sektor swasta, serta peluang pekerjaan di Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Leftenan (U) Monira binti Abdullah daripada Cawangan No. 4, Kumpulan Bantu, menyambut ketibaan rombongan dengan memberikan taklimat pengenalan tentang tugas dan tanggungjawab TUDB terhadap negara. Sejurus taklimat diberikan, rombongan turut melawat ke pameran pesawat-pesawat dan alat kelengkapan TUDB yang digunakan sejak penubuhannya. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai untuk kenangan semasa lawatan tersebut.

Acara interaksi seperti ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara TUDB dan masyarakat awam dengan memberikan pengetahuan mengenai peranan dan tanggungjawab TUDB dalam memberikan bantuan perkhidmatan terhadap negara dan masyarakat.