RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 12 November 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) welcomed 45 visitors from Ri'ayah Wa Mahabbah Program as part of their end of school year activity.
The visit began with a brief overview of the RBAirF's capabilities by Lieutenant (U) Rabi'atul Zahidah binti Tahamat, including a tour of RBAirF aircrafts, equipment, and other assets. Interactive activities with RBAirF personnel provided the students with hands-on experience in handling equipment and the opportunity to try on RBAirF uniforms including a tour to various aircrafts before concluding with a group photo session.
The educational visit to the RBAirF aimed to provide students with valuable experiences that could enhance their learning and contribute to their personal development.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI
PROGRAM RI'AYAH WA MAHABBAH
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 12 November
2024 – Seramai 45 pelawat yang terdiri daripada Program Ri'ayah Wa Mahabbah telah disambut baik oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), yang mana lawatan tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti sekolah selepas peperiksaan.
Lawatan tersebut bermula dengan penerangan ringkas mengenai keupayaan TUDB yang disampaikan oleh Leftenan (U) Rabiatul Zahidah binti Tahamat, dan diikuti dengan lawatan ke pesawat, peralatan, dan aset TUDB. Aktiviti interaktif bersama anggota TUDB telah juga memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri pengalaman dalam mengendalikan peralatan serta mencuba pakaian seragam TUDB, termasuk lawatan ke pelbagai jenis pesawat sebelum diakhiri dengan sesi bergambar berkumpulan.
Lawatan sambil belajar ke TUDB ini bertujuan untuk memberikan pelajar pengalaman berharga yang dapat meningkatkan pembelajaran mereka dan menyumbang kepada perkembangan peribadi mereka.