BERAKAS FOREST RESERVE, Wednesday, 13 November 2024 - In conjunction with Earth Day 2024, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the Ministry of Defence's 'Nationwide Coastline Cleanliness Campaign for Marine Debris,' known as "COASTAL MARVEL." While the campaign covers a total of eleven beaches across Brunei's three districts, the RBAirF focused its efforts on Berakas Forest Reserve Beach. Supporting the Steering Committee on Cleanliness Issues (JIIK), the RBAirF joined members of the public to help keep Brunei Darussalam clean and free from litter pollution, demonstrating a shared commitment to preserving the beauty of the nation's coastline.
Leading the RBAirF in the cleaning campaign was Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, representing the Commander of the RBAirF, with the attendance of Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan, a Member of the Legislative Council, volunteers from Persatuan Pantai and Beach Bunch, along with 34 students and teachers from Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Secondary School, reflecting a strong sense of community involvement and dedication.
The collective effort led to the removal of 150 kilograms of waste from the beach. This beach cleaning campaign reflects RBAirF's dedication to a sustainable future for Brunei Darussalam. It aims to instil a sense of responsibility within the community to maintain the cleanliness of local areas.
TUDB SERTAI
KEMPEN KEBERSIHAN SENEGARA PERSISIRAN PANTAI BAGI SERPIHAN LAUT 'COASTAL MARVEL'
HUTAN SIMPANAN BERAKAS, Rabu, 13 November 2024 - Bersempena Sambutan Hari Bumi 2024, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai Kempen Kebersihan Pantai Seluruh Negara bagi Serpihan Laut anjuran Kementerian Pertahanan, dikenali sebagai "COASTAL MARVEL." Kempen ini meliputi sebelas pantai di seluruh tiga daerah Brunei, TUDB menumpukan usaha di Pantai Simpanan Perhutanan Berakas. Dengan sokongan dari Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK), TUDB telah berkerjasama dengan orang awam bagi memastikan Negara Brunei Darussalam kekal bersih dan bebas daripada pencemaran sampah, sekaligus menunjukkan komitmen bersama dalam memelihara keindahan persisiran pantai negara.
Mengetuai kempen kebersihan peringkat TUDB ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, selaku wakil Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan, Ahli Mesyuarat Negara. Sukarelawan dari Persatuan Pantai dan Beach Bunch, bersama 34 pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, turut serta secara aktif, mencerminkan semangat keterlibatan dan dedikasi kemasyarakatan yang tinggi.
Usaha bersama ini berjaya mengumpulkan 150 kilogram sampah dari kawasan pantai tersebut. Kempen kebersihan pantai ini mencerminkan dedikasi TUDB untuk masa depan yang mapan bagi Negara Brunei Darussalam. Ia bertujuan menanamkan rasa tanggungjawab dalam masyarakat untuk menjaga kebersihan kawasan setempat.