RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 26 March 2025 – No. 2 Wing of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) commemorated its 26th anniversary by holding its inaugural Safety Day, underscoring the wing's firm commitment to nurturing a safety-conscious culture and maintaining operational excellence.
The event, themed “Learn, Adapt, Prevent: Strengthening Safety for the Future", served as a testament to No. 2 Wing's dedication to upholding the highest safety standards and providing a secure and efficient operational environment for all personnel. Present as the Guest of Honour was Major (U) Muhammad Adif bin Hj Zaman, Wing Commander of No. 2 Wing. Also in attendance were Squadron Commanders, officers, and key personnel from all four squadrons under the Wing.
The programme featured insightful presentations from subject matter experts (SMEs): Sgt Mohd Adib bin Mohd Ali (236 Squadron), Sgt (U) Abd Qawi bin Duraim (238 Squadron), Sgt (U) Hj Mohd Shahrin bin Lamat (262 Squadron), and Cpl (U) Abd Muyaid bin Badaruddin with Cpl (U) Md Syafiyuddin bin Ibrahim (255 Squadron). These sessions shared valuable lessons from past operations, stressing risk mitigation and strict adherence to standard operating procedures (SOPs). Real-life case studies and best practices were also presented to emphasise the importance of a proactive safety culture.
Each presentation concluded with an interactive discussion involving the presenters and experienced squadron members, providing a platform to exchange views and reinforce No. 2 Wing's operational safety commitment. The event concluded with closing remarks from the Chairman, who emphasised the need for continuous improvement in safety protocols and encouraged all squadrons to implement what they've learned in their daily duties.
No. 2 Wing Safety Day aims to enhance safety awareness, reinforce best practices, and promote a proactive culture of safety. It also serves as a platform to raise risk awareness, encourage knowledge sharing, and ultimately reduce incidents and accidents within the unit.


HARI KESELAMATAN SEMPENA ULANG TAHUN CAWANGAN NO. 2 KE-26
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 26 Mac 2025 – Cawangan No. 2, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Hari Keselamatan buat julung kalinya sempena ulang tahun ke-26 penubuhannya, menzahirkan komitmen berterusan dalam memupuk budaya keselamatan dan kecemerlangan operasi.
Dengan tema
“Learn, Adapt, Prevent: Strengthening Safety for the Future", acara ini mencerminkan dedikasi dan kewaspadaan berterusan Cawangan No. 2 dalam mengekalkan piawaian keselamatan tertinggi serta memastikan persekitaran operasi yang selamat dan cekap bagi semua warga.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, beserta Pegawai-Pegawai Memerintah Skuadron, pegawai-pegawai serta kakitangan utama dari keempat-empat skuadron di bawah Cawangan No. 2.
Empat pembentangan utama telah disampaikan oleh pakar subjek (SME): Sjn Mohd Adib bin Mohd Ali (Skuadron 236), Sjn (U) Abd Qawi bin Duraim (Skuadron 238), Sjn (U) Hj Mohd Shahrin bin Lamat (Skuadron 262), serta Kpl (U) Abd Muyaid bin Badaruddin dan Kpl (U) Md Syafiyuddin bin Ibrahim (Skuadron 255). Para pembentang berkongsi pengetahuan penting dan pengajaran daripada operasi lalu, memberi penekanan kepada mitigasi risiko dan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP). Kajian kes sebenar dan amalan terbaik turut diketengahkan untuk memperkukuhkan lagi budaya keselamatan yang proaktif.
Selesai sahaja setiap pembentangan, sesi perbincangan interaktif dijalankan bersama anggota berpengalaman dan hadirin, yang menyediakan ruang untuk bertukar pandangan dan mengukuhkan lagi komitmen terhadap keselamatan operasi.
Acara diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pengerusi Majlis yang menekankan kepentingan penambahbaikan berterusan dalam protokol keselamatan dan menggalakkan semua skuadron untuk mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam operasi harian mereka.
Hari Keselamatan Cawangan No. 2 bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan, memperkukuhkan amalan terbaik dan memupuk budaya keselamatan yang proaktif. Ia juga berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran risiko, menggalakkan perkongsian ilmu, dan mengurangkan insiden serta kemalangan dalam kalangan anggota.
