Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE COMMANDER OF THE RBAirF ATTENDS THE 2025 AUSTRALIAN AVALON INTERNATIONAL AIRSHOW AND DEFENCE AND AEROSPACE EXPOSITION

AUSTRALIA, Thursday, 27 March 2025 – Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), attended the 2025 Australian Avalon International Airshow and Defence and Aerospace Exposition (AIA 2025), held from 23 to 27 March in Melbourne, Australia. Marking its 16th edition, AIA 2025 remains a leading international platform for the military aviation and aerospace sector, bringing together the Australian Defence Force and global industry exhibitors to showcase the latest advancements in defence technology, aerospace innovation and air power capability.

The Commander of the RBAirF attended the Chief of Air Force Symposium, which was officially opened by the Chief of Air Force of the Royal Australian Air Force (RAAF). Themed "Generating and Exploiting Depth through Air Power", key advancements in acquiring and sustaining military capabilities were highlighted, with a strong emphasis on force generation, including sustaining deterrence in today's rapidly evolving strategic environment.

The Commander of the RBAirF also had the opportunity to engage in bilateral meetings with other Chief Air Forces and its representatives, including Chief of RAAF - Air Marshal Stephen Chappell. The Commander RBAirF also conducted interactions with key defence and aerospace companies, focusing on capabilities relevant to RBAirF's operational needs and future force development.

In addition, RBAirF Sergeant Major, Warrant Officer 1 (U) Pg Haji Redzaini bin Pg Haji Ahmad participated in series of engagements with other international Command Senior Enlisted Leaders (CSEL) in a programme that featured a series of high-level discussions related to exchanging ideas, strengthen partnerships and explore on ways to better equip the next generation of enlisted leaders to lead with agility, resilience and strategic insight in future operational environments.

The RBAirF's participation in AIA 2025 reinforced its commitment to strengthening strategic partnerships, enhancing force readiness and embracing innovation.


PEMERINTAH TUDB MENGHADIRI THE 2025 AUSTRALIAN AVALON INTERNATIONAL AIRSHOW AND DEFENCE AND AEROSPACE EXPOSITION

AUSTRALIA, Khamis, 27 Mac 2025 – Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah menghadiri the 2025 Australian Avalon International Airshow and Defence and Aerospace Exposition (AIA 2025) yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mac di Melbourne, Australia. Menandakan edisinya ke-16, AIA 2025 kekal sebagai platform antarabangsa terkemuka dalam sektor penerbangan tentera dan aeroangkasa, menghimpunkan Angkatan Pertahanan Australia dan pelbagai industri global bagi mempamerkan kemajuan terkini dalam teknologi pertahanan, inovasi aeroangkasa dan keupayaan kuasa udara.

Pemerintah TUDB turut menghadiri Simposium Pemerintah Tentera Udara, yang telah dirasmikan oleh Pemerintah Tentera Udara Diraja Australia (RAAF). Bertemakan "Generating and Exploiting Depth through Air Power," simposium tersebut menekankan kemajuan utama dalam pemerolehan dan pemeliharaan keupayaan ketenteraan, dengan penekanan terhadap kekuatan penjanaan, termasuk mengekalkan keupayaan pencegahan dalam persekitaran strategik yang berkembang pesat pada masa kini.

Pemerintah TUDB juga berpeluang mengadakan pertemuan dua hala bersama Pemerintah Tentera Udara dan perwakilan, termasuk Pemerintah Tentera Udara Diraja Australia (TUDA) – Air Marshal Stephen Chappell. Pemerintah TUDB turut mengadakan interaksi dengan syarikat-syarikat utama pertahanan dan aeroangkasa, yang menumpukan kepada keupayaan yang relevan dengan keperluan operasi TUDB serta pembangunan pertahanan masa depan.

Selain itu, Sarjan Mejar TUDB, Warrant Officer 1 (U) Pg Haji Redzaini bin Pg Haji Ahmad turut mengambil bahagian dalam siri perbincangan bersama Command Senior Enlisted Leaders – (CSEL) dari pelbagai negara dalam program khusus yang menampilkan sesi perbincangan berprofil tinggi yang melibatkan bertukar pandangan, mengukuhkan kerjasama, serta meneroka cara-cara terbaik bagi pemimpin generasi akan datang supaya dapat memimpin dengan kecekapan, ketahanan, dan strategik dalam persekitaran operasi masa hadapan.

Penyertaan TUDB dalam AIA 2025 kali ini mengukuhkan komitmen berterusannya dalam memperkukuh hubungan strategik, meningkatkan kesiapsiagaan anggota dan mendukung inovasi.