Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF HOLDS YAASIN AND TAHLIL RECITATION AT KUBAH MAKAM DIRAJA IN OBSERVANCE OF RAMADHAN

​BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 24 March 2025 – In conjunction with the holy month of Ramadhan, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a recitation of Surah Yaasin and Tahlil at the Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan.

The religious event was held in remembrance of the late parents of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam — Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman — as well as Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Present at the ceremony was Colonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, Acting Commander of the RBAirF, along with members of the RBAirF Board of Executive Committee, senior officers, and a total of 537 officers and airmen. The recitation was led by Lieutenant (U) Haji Muhamad Syasuandi @ Muhd Rushdie bin Haji Abu Bakar from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT).


TUDB ADAKAN MAJLIS BACAAN SURAH YAASIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA BULAN RAMADHAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 24 Mac 2025 – Sempena bulan suci Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan.

Majlis ini diadakan bagi mengenang Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam serta Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman. Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil tersebut juga diadakan bagi mengenang Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Pemerintah TUDB, Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said bersama ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDB seramai 537 orang. Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Leftenan (U) Haji Muhamad Syasuandi @ Muhd Rushdie bin Haji Abu Bakar dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT).