Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

IFTAR EVENT WITH FORMER RBAirF COMMANDERS AT RUMAH WIRA ANGKASA

BERAKAS, Wednesday, 19 March 2025 – In conjunction with the blessed month of Ramadhan, the Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, hosted an iftar gathering with former RBAirF Commanders at Rumah Wira Angkasa, Berakas.

The event was graced by the presence of Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Major General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Brigadier General (Rtd) Dato Paduka Haji Ibrahim bin Haji Mohammed, and Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Haji Jofri bin Haji Abdullah. Also in attendance were the RBAirF Board of Executives and Senior Officers.

The evening commenced with the recitation of Yassin and Tahlil, led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF Religious Teacher, followed by the breaking of fast and Maghrib prayer led by Sergeant (U) Hj Khairul Arifin bin Rosli from JAMAAT. The event continued with a group photo session before proceeding to dinner, Isya prayer led by Sergeant (U) Hj Khairul Arifin bin Rosli, as well as Terawih and Witir prayers, led by Lance Corporal (U) Muhammad Akid Arif bin Hj Sujono.

This annual iftar event serves as a meaningful platform to strengthen camaraderie between the current leadership of RBAirF and its former commanders, fostering unity and shared reflections, particularly during the spiritually significant month of Ramadhan.


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAH PEMERINTAH TUDB DI RUMAH WIRA ANGKASA


BERAKAS, Rabu, 19 Mac 2025 – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama mantan-mantan Pemerintah TUDB di Rumah Wira Angkasa, Berakas.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim bin Haji Mohammed, dan Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Jofri bin Haji Abdullah. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB serta Pegawai-Pegawai Kanan TUDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB, diikuti dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Sarjan (U) Haji Khairul Arifin bin Rosli dari JAMAAT. Acara diteruskan dengan sesi bergambar, menikmati jamuan, Sembahyang Fardhu Isya' diimamkan oleh Sarjan (U) Haji Khairul Arifin bin Rosli, serta Sembahyang Terawih dan Witir berjemaah yang diimamkan oleh Lans Koperal (U) Muhammad Akid Arif bin Hj Sujono. 

Majlis berbuka puasa tahunan ini adalah satu acara yang bermakna dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kepimpinan TUDB masa kini dan mantan-mantan Pemerintah TUDB, memupuk semangat perpaduan serta perkongsian pengalaman terutama semasa bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.