Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF PARTICIPATES IN SENTUHAN KASIH RAMADHAN CEREMONY TO HONOUR ORPHANS OF MINDEF AND RBAF PERSONNEL

TUTONG CAMP, Saturday, 22 March 2025 – In conjunction with the holy month of Ramadhan, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the Sentuhan Kasih Ramadhan Ceremony, a charitable event organised to honour 27 orphans from 15 families of the late Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel from the Tutong District. The event was held at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp.

Present at the event was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, along with his spouse, Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, President of the RBAF Wives Welfare Association (BAKTI).

Also in attendance were the Acting Commander of the Royal Brunei Land Force and spouse, the Deputy Commander of the Royal Brunei Navy and spouse, Senior Officers from the Ministry of Defence and RBAF, as well as the families of the orphans.

The ceremony began with the recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah led by Major Narulismandy @ Anwar Hadi bin Haji Samaih from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT). This was followed by the presentation of donations to the orphans by the Commander of RBAF and his spouse. The event continued with light iftar, Maghrib prayer, dinner, and concluded with the recitation of closing doa.

Sentuhan Kasih Ramadhan is an annual event organised by the Ministry of Defence and the RBAF to commemorate the services and sacrifices of the late personnel. The donations aim to bring joy and ease the burden on the orphans as they prepare to celebrate Hari Raya Aidilfitri.


TUDB SERTAI MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADHAN BAGI ANAK-ANAK YATIM KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB​

PERKHEMAHAN TUTONG, Sabtu, 22 Mac 2025 – Bagi menyemarakkan bulan suci Ramadhan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan, sebuah acara kebajikan yang dianjurkan bagi menyantuni 27 orang anak yatim daripada 15 keluarga anggota Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dari Daerah Tutong. Majlis ini telah diadakan di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, beserta isteri Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, selaku Presiden Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI).

Turut hadir ialah Pemangku Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei dan isteri, Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei dan isteri, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB serta keluarga anak-anak yatim yang diraikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Mejar Narulismandy @ Anwar Hadi bin Haji Samaih dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT). Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim oleh Pemerintah ABDB dan isteri, diikuti dengan juadah iftar ringan, sembahyang fardhu Maghrib berjemaah, jamuan makan malam, dan ditutup dengan bacaan doa penutup.

Sentuhan Kasih Ramadhan merupakan acara tahunan anjuran Kementerian Pertahanan dan ABDB yang bertujuan mengenang jasa serta pengorbanan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB yang telah kembali ke rahmatullah. Melalui sumbangan ini, diharap dapat membawa keceriaan serta meringankan beban anak-anak yatim dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.