Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF PARTICIPATED RBAF IN HOSTING DONATION AND IFTAR FOR CHILDREN WITH SPECIAL NEEDS IN CONJUNCTION WITH HOLY MONTH OF RAMADHAN 1446H

​BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 15 March 2025 - 37 Royal Brunei Air Force (RBAirF) children with different abilities attended donation giving and an iftar ceremony commemorating the Holy Month of Ramadhan 1446H.

Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of RBAirF attended the event to represent the Royal Brunei Air Force along with RBAirF Executive Committee at An-Naura Banquet Hall, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, Bandar Seri Begawan.

The event began with the recitation of Sayidul Istighfar, Al-Fatihah, Zikir Munajat, Asmaul Husna, Selawat Syifa and Doa Selamat by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT). This was followed by the presentation of donations, iftar session and concluded with the mass Maghrib prayer at the designated surau.

The donations were handed over simultaneously by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, members of RBAF Executive Committee and other invited Senior Officers.

The ceremony is part of the community activities conducted annually, reflecting the RBAF's care and commitment in giving aid for the children with different abilities. The donation was provided in the form of cash from the RBAF Welfare Fund and the RBAF Wives Welfare Body (BAKTI).


TUDB SERTAI ABDB DALAM MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA DAN IFTAR BAGI KANAK-KANAK KELAINAN UPAYA SEMPENA BULAN SUCI RAMADHAN 1446H

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Mac 2025 - Seramai 37 kanak-kanak  yang kelainan upaya Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB)  telah menghadiri majlis penyampian derma dan iftar yang diadakan sempena Bulan Suci Ramadhan 1446H.

Hadir ke majlis tersebut ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB, bersama Badan Eksekutif TUDB bagi mewakili anggota Tentera Udara Diraja Brunei bertempat Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Sumbangan tersebut disampaikan secara serentak oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB dan beberapa orang Pegawai-Pegawai Kanan ABDB .

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayidul Istighfar, Al-Fatihah, Zikir Munajat, Asmaul Husna, Selawat Syifa dan Doa Selamat  oleh Yang Mulia Lt Kol Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), diikuti dengan penyampaian derma, sesi berbuka puasa, dan jamuan diakhiri dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah di surau yang dikhaskan.

Majlis ini adalah diantara aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dikendalikan pada setiap tahun sebagai tanda pemedulian dan komitment ABDB dalam menghulurkan bantuan terhadap anak-anak kelainan upaya. Sumbangan derma adalah berupa wang tunai daripada Tabung Kebajikan ABDB dan Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI).