Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI AIR FORCE ENLIVENS THE MONTH OF RAMADHAN WITH AN OUTREACH AND IHYA' RAMADAN PROGRAM 1446H/2025M

TEMBURONG, Tuesday, 11 March 2025 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) delegation headed by Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, participated in the mass Isya' Prayers, Tarawih and Tadarus Al-Quran at Kampong Puni Mosque, Temburong as part of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Ramadhan Outreach Programme. 

This programme is part of series of activities in the Ihya' Ramadhan Programme initiated by Religious Directorate (JAMA'AT), Ministry of Defence (MINDEF) aimed to enrich the blessed month of Ramadhan Al-Mubarak while hoping for multiplied rewards through virtuous deeds.

The RBAirF delegation comprised of MINDEF Executive Group, RBAirF Officers and personnel. The programme began with mass Isya' Prayers with the local congregants, followed by Sunnat Tarawih, Witir prayers and concluded with Tadarus Al-Qur'an.

Beyond its religious significance, the outreach programme also served as a platform for the RBAirF delegation to engage with the local community. As part of the programme, the RBAirF Commander had the honour of presenting donations to the Imam of Masjid Kampong Puni, symbolising the values of sincerity, compassion, and generosity as encouraged in Islam, in the pursuit of Allah SWT's mercy and blessings in this holy month.

 

TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN DENGAN PROGRAM JANGKAUAN DAN IHYA' RAMADAN 1446H/2025M

TEMBURONG, Selasa, 11 Mac 2025 – Rombongan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang diketuai oleh Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB, telah menghadiri Solat Fardhu Isya' berjemaah, Solat Tarawih dan Tadarus Al-Quran di Masjid Kampung Puni, Temburong sebagai sebahagian daripada Program Jangkauan Ramadhan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Program ini merupakan sebahagian daripada siri aktiviti dalam Program Ihya' Ramadhan yang dianjurkan oleh Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dengan tujuan untuk menyemarakkan bulan suci Ramadhan Al-Mubarak serta mengharapkan ganjaran yang berlipat ganda melalui amalan kebajikan.

Rombongan TUDB terdiri daripada Kumpulan Eksekutif KEMENTAH, Pegawai-pegawai serta anggota TUDB. Program ini dimulakan dengan Solat Isya' berjemaah bersama penduduk setempat, diikuti dengan Solat Sunat Tarawih dan Witir, serta diakhiri dengan sesi Tadarus Al-Quran yang memperkukuh keberkatan majlis.

Selain menghidupkan aspek keagamaan, program jangkauan ini turut menjadi wadah bagi rombongan TUDB untuk berinteraksi dan merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat. Sebagai sebahagian daripada program ini, Pemerintah TUDB turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada Imam Masjid Kampung Puni, demi meraih reda dan rahmat Allah SWT di bulan yang penuh kemuliaan ini.​