Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

FINAL PLANNING CONFERENCE FOR THE 29TH EXERCISE AIRGUARD 2025

​CHONG PANG CAMP, Wednesday 02 July 2025 – The Final Planning Conference (FPC) for the 29th Exercise Airguard 2025 was held over three (03) days, from 02 to 04 July 2025, at Chong Pang Camp between the 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion, Divisional Air Defence Group, Republic of Singapore Air Force (18 DA Bn, RSAF) and No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF).

The FPC was Co-Chaired by Lieutenant Colonel Chia Mu Jun Robin, Commanding Officer of 18 DA Bn, RSAF (CO 18 DA Bn RSAF), and attended by Major (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman, Commanding Officer of No. 2 Wing, RBAirF (CO No.2 Wing, Ops Grp RBAirF).

The FPC commenced with a visit to the SAFTI Live Firing Area (LFA), where participants were given a comprehensive overview of the training environment designated for the upcoming Field Training Exercise (FTX). Later that evening, CO 18 DA Bn RSAF hosted a welcoming dinner to introduce all delegates, promote camaraderie, and strengthen professional bonds between personnel from both air forces.

Throughout the conference, representatives from the RSAF and the RBAirF engaged in in-depth discussions focused on finalising the key elements of the exercise. These included the training objectives, overall exercise concept, and administrative arrangements essential for the successful execution of Exercise AIRGUARD 29/2025, scheduled to take place in August/September this year and hosted by the RSAF. The discussions were aimed at ensuring seamless coordination and operational readiness. Participants were also given an orientation tour of Chong Pang Camp to familiarise themselves with its facilities and layout. The conference concluded with the official signing of the FPC minutes, marking a significant milestone in the planning process.

The high level of professionalism and cooperation demonstrated by both the RSAF and RBAirF throughout the FPC reaffirmed their mutual commitment to the success of Exercise AIRGUARD 2025. This strong collaboration underscores the enduring partnership between the two air forces and their shared dedication to operational excellence.


FINAL PLANNING CONFERENCE BAGI EXERCISE AIRGUARD KE-29 TAHUN 2025

KEM CHONG PANG, Rabu, 02 JULAI 2025Final Planning Conference (FPC) bagi Exercise Airguard ke-29 Tahun 2025 telah diadakan selama tiga (03) hari, dari 02 hingga 04 Julai 2025, bertempat di Kem Chong Pang antara 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion, Divisional Air Defence Group, Tentera Udara Republik Singapura (18 DA Bn, TURS) dan Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

FPC ini telah dipengerusikan bersama oleh Leftenan Kolonel Chia Mu Jun Robin, Pegawai Pemerintah 18 DA Bn, RSAF (Peg Pem 18 DA Bn TURS) dan turut dihadiri oleh Mejar (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman, Pegawai Pemerintah, Cwgn No. 2, Kumpulan Gerakan TUDB (Peg Pem Cwgn No.2, Kump Gkn TUDB).

Persidangan dimulakan dengan lawatan ke Tapak Tembak SAFTI yang memberikan para delegasi gambaran menyeluruh mengenai persekitaran latihan yang bakal dijalankan iaitu Field Training Exercise (FTX). Pada sebelah malam, Peg Pem 18 DA Bn TURS mengadakan Majlis Makan Malam bertujuan bagi memperkenalkan semua delegasi, mengeratkan hubungan profesional dan semangat kerjasama antara anggota kedua-dua Angkatan udara.

Sepanjang FPC, wakil dari kedua-dua pihak mengadakan perbincangan menyeluruh mengenai objektif latihan, konsep latihan, dan susunan pentadbiran bagi persediaan FTX AIRGUARD 29/2025, yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos/September tahun ini dan akan dianjurkan oleh TURS. Perbincangan ini bertujuan memastikan penyelarasan yang berkesan dan kesiapsiagaan operasi yang optimum. Para peserta juga menjalani lawatan orientasi kem di Kem Chong Pang untuk membiasakan diri dengan kemudahan dan susun atur kem. Persidangan kemudiannya ditutup dengan acara menandatangani minit FPC secara rasmi, yang menandakan pencapaian penting dalam proses perancangan ini.

Kedua belah pihak TURS dan TUDB menunjukkan tahap profesionalisme dan kerjasama yang tinggi disepanjang FPC dijalankan yangmana mengukuhkan lagi komitmen bersama kearah kejayaan Latihan AIRGUARD 2025. Jalinan kerjasama erat ini mencerminkan hubungan strategik yang kukuh antara kedua-dua angkatan udara serta komitmen mereka terhadap kecemerlangan operasi.