CAMDEN, AUSTRALIA, Wednesday, 01
October 2025 – A significant milestone was reached for four (4) Royal Brunei Air Force (RBAirF) Student Pilots from 73 Squadron, No. 7 Wing. Lieutenant (U) Abdul Qawie bin Abidin, Lieutenant (U) Muhammad Abdul Syakir bin Haji Basri, Lieutenant (U) Abdurra'uf bin Abd Aziz and Lieutenant (U) Ahmad Waqiuddin bin Haji Ahmad Mahyuddin successfully completed their Basic and Advanced Rotary Wing Pilot Training (BARWPT) program at Air Combat Australia (ACA), Sydney. Each Student Pilot completed a total of 91 flying hours on the Bell Jet Ranger 206 BIII.
The BARWPT is a comprehensive program that integrates ground theory and practical flight training, encompassing aerodynamics, aircraft systems, general handling, emergency procedures, navigation, basic instrument flight, night operations, and slope landings in confined areas. Designed to instill technical proficiency, sound decision-making, and airmanship, the course set rigorous standards that demanded focus, resilience, and adaptability from the student pilots.
Their successful completion of this program marks a significant milestone in their professional development, serving as a testament to their dedication, discipline, and commitment to excellence, while underscoring their readiness to progress toward operational flying and the next phase of their aviation careers.



TAMAT KURSUS
BASIC AND ADVANCED ROTARY WING PILOT TRAINING
CAMDEN, AUSTRALIA, Rabu, 01 Oktober 2025 – Satu pencapaian yang signifikan telah dicapai untuk empat (4) Pelatih Juruterbang Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dari Skuadron 73, Cawangan No. 7. Leftenan (U) Abdul Qawie bin Abidin, Leftenan (U) Muhammad Abdul Syakir bin Haji Basri, Leftenan (U) Abdurra'uf bin Abd Aziz and Leftenan (U) Ahmad Waqiuddin bin Haji Ahmad Mahyuddin, telah berjaya menamatkan kursus
Basic and Advanced Rotary Wing Pilot Training (B'ARWPT) di Air Combat Australia (ACA),
Camden yang diadakan di Sydney, Australia. Pesawat helikopter Bell JetRanger 206BIII telah digunakan sepanjang kursus ini dan setiap pelatih juruterbang telah berjaya menerbangkan sebanyak 91 jam.
Kursus BARWPT merupakan program komprehensif yang merangkumi teori darat dan latihan penerbangan praktikal, meliputi aerodinamik, sistem pesawat, kawalan am, prosedur kecemasan, navigasi, penerbangan asas berinstrumen, operasi malam, serta pendaratan cerun di kawasan terhad. Direka untuk membentuk kecekapan teknikal, pembuatan keputusan yang berkesan, dan kepimpinan udara, kursus ini menetapkan piawaian ketat yang menuntut tumpuan, ketahanan serta kebolehsuaian daripada para pelajar juruterbang.
Penyempurnaan kursus ini menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan profesional mereka, menjadi bukti dedikasi, disiplin, dan komitmen terhadap kecemerlangan, di samping memperlihatkan kesiapsiagaan mereka untuk melangkah ke arah penerbangan operasi dan fasa seterusnya dalam kerjaya penerbangan.
