TANAH JAMBU, Thursday, 02 October 2025 – A total of 14 officers from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) have successfully completed the Intermediate Staff Course (ISC) 25/2025 held at the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Kampung Tanah Jambu. The course ran for 14 weeks and aimed to develop future leaders capable of operating in complex joint environments.
The closing ceremony was officiated by the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. Also in attendance were Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji ldris, Deputy Commissioner of Police, Royal Brunei Police Force (RBPF), members of the RBAF Executive Committee, Defence Attachés and Advisers, foreign counsellor and senior officers of the RBAF and DA RBAF.
Throughout the course, RBAirF officers were exposed to core modules including leadership, joint warfare, military capability, security studies, and strategic planning. The course was designed to enhance critical thinking, operational planning, and value-based leadership, aligning with the vision of preparing officers to meet future defence challenges with professionalism and integrity.
The Royal Brunei Air Force extends its heartfelt congratulations to all 14 RBAirF officers for their successful completion of the course and wishes them continued success as they progress in their careers and contribute towards the growth and excellence of the organisation.





PEGAWAI TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI TAMATKAN INTERMEDIATE STAFF COURSE 25/2025
TANAH JAMBU, Khamis, 0 2 Oktober 2025 – Seramai 14 orang pegawai daripada Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya menamatkan Intermediate Staff Course (ISC) 25/2025 yang berlangsung di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Kampung Tanah Jambu. Kursus ini dijalankan selama 14 minggu bertujuan untuk membentuk pemimpin masa hadapan yang mampu beroperasi dalam persekitaran bersama yang kompleks.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. Turut hadir ialah Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji ldris, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Atase Pertahanan dan Penasihat Pertahanan, counsellor luar negara serta pegawai kanan ABDB dan AP ABDB.
Sepanjang kursus, Pegawai-pegawai TUDB telah didedahkan kepada modul teras termasuk kepimpinan, peperangan bersama, keupayaan ketenteraan, sekuriti dan perancangan strategik. Kursus ini telah dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal, perancangan operasi dan kepimpinan para peserta kursus, selaras dengan visi untuk melahirkan pegawai yang bersedia dalam menghadapi cabaran masa hadapan dengan sifat profesionalisme dan integriti.
Tentera Udara Diraja Brunei merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua 14 orang pegawai TUDB yang telah berjaya menamatkan kursus ini dan mendoakan kejayaan berterusan dalam kerjaya mereka ke arah kemajuan dan kecemerlangan organisasi.


