BERAKAS GARRISON, Friday, 03 October 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) proudly participated in the
Musabaqah Tilawah Al-Quran Competition held at Pahlawan Hall, Berakas Garrison, in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 64th Anniversary. The competition served as a meaningful platform to foster spiritual development, strengthen religious understanding, and uphold the values of the Al-Quran among RBAF personnel.
Among 13 participants representing various RBAF units, Private (U) Masrur Fu'ad bin Haji Asmat secured first place in the
Qari category, while Lance Corporal (U) Siti Nurhafizah binti Awang Sulaiman earned third place in the
Qariah category during the prize presentation ceremony on 02 September 2025.
Present as the Guest of Honour was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also in attendance were members of the RBAF Executive Committee, Directors, Commandants, Senior Officers, officers and personnel from the Ministry of Defence and RBAF.
The ceremony concluded with a closing
Doa recited by Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT). This year's
Musabaqah Tilawah Al-Quran carried the theme “Setia Dibawah Panji Al-Quran", emphasising the Al-Quran as the ultimate guidance in life.
The Royal Brunei Air Force extends its warmest congratulations to the winners for their achievements and steadfast dedication. Their accomplishments reflect the RBAirF's continuous commitment to nurturing religious awareness, moral integrity, and spiritual strength among its personnel.


PERTANDINGAN MUSABAQAH TILAWAH AL-QUR'AN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64
BERAKAS GARISON, Jumaat, 03 Oktober 2025
-
BERAKAS GARRISON, Jumaat, 03 Oktober 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dengan penuh rasa penghargaan telah menyertai Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran yang berlangsung di Dewan Pahlawan, Ibu Pejabat Batalion Berakas sempena Sambutan Ulang Tahun ke-64 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Pertandingan ini menjadi wadah untuk memperkukuhkan kefahaman keagamaan, memantapkan sahsiah rohani serta menghayati ajaran Al-Quran dalam kalangan warga ABDB.
Daripada 13 orang peserta yang mewakili pelbagai unit di bawah ABDB, Prajurit (U) Masrur Fu'ad bin Haji Asmat telah meraih tempat pertama bagi kategori Qari, manakala Lans Koperal (U) Siti Nurhafizah binti Awang Sulaiman menduduki tempat ketiga bagi kategori Qariah dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan pada 02 September 2025.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Panglima ABDB. Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, para Pengarah, Komandan, Pegawai Kanan, pegawai serta anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Penutup oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT). Tahun ini, Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran mengangkat tema “Setia Dibawah Panji Al-Quran", yang menekankan Al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan.
Tentera Udara Diraja Brunei merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang atas kejayaan dan dedikasi mereka. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan TUDB dalam memupuk kesedaran keagamaan, memperkukuh akhlak serta keteguhan rohani dalam kalangan anggotanya.
