Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI AIR FORCE HOSTS SENIOR CITIZENS ASSOCIATION FOR EXCLUSIVE VISITS

RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 07 October 2025 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) recently hosted 50 members of the Senior Citizen Association for an exclusive visit to Rimba Air Force base. The visit showcased RBAirF capabilities through a static display of aircraft and equipment, providing the senior citizens with a unique opportunity to explore the air force's assets up close. The visit began with an introduction brief of RBAirF and safety brief delivered by Staff Sergeant (U) Mohamad Arif bin Haji Mohamad Yusof from 82 Squadron, No. 8 Wing, Training Group, RBAirF.

The entourage were given a comprehensive tour of the Hangar,  where they witnessed the RBAirF's aircraft and equipment on display. The static display included a range of aircraft, from various aircraft, as well as showcases of RBAirF uniforms, giving the seniors a glimpse into the daily lives of air force personnel. The event was designed to promote understanding and appreciation of the RBAirF's role in maintaining national security.

The visit was part of the RBAirF's efforts to engage with the local community and promote awareness of its activities. The Senior Citizen Association members were impressed by the RBAirF's capabilities and expressed their gratitude for the opportunity to learn more about the air force's operations. The RBAirF is committed to building strong relationships with the community and promoting a sense of national pride and unity. By hosting events like this, the RBAirF aims to foster greater understanding and appreciation of its role in safeguarding the nation .


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN EKSKLUSIF DARIPADA PERSATUAN WARGA EMAS

PANGKALAN UDARA RIMBA, Selasa, 07 Oktober 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima kunjungan seramai 50 orang ahli Persatuan Warga Emas bagi lawatan eksklusif ke Pangkalan Tentera Udara Rimba. Lawatan ini menampilkan keupayaan TUDB melalui pameran statik pesawat dan peralatan, memberikan peluang unik kepada para warga emas untuk melihat secara dekat aset-aset yang dimiliki oleh TUDB. Lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan mengenai TUDB serta taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Staf Sarjan (U) Mohamad Arif bin Haji Mohamad Yusof daripada Skuadron 82, No. 8 Wing, Kumpulan Latihan TUDB.

Rombongan tersebut dibawa melawat ke Hangar di mana mereka berpeluang menyaksikan pelbagai jenis pesawat dan peralatan yang dipamerkan. Pameran statik tersebut merangkumi pelbagai aset udara , serta turut mempamerkan pakaian seragam anggota TUDB, memberikan gambaran kepada para warga emas mengenai kehidupan harian anggota. Lawatan ini diadakan bagi memupuk kefahaman dan penghargaan terhadap peranan TUDB dalam memelihara keselamatan negara.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha TUDB untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat serta meningkatkan kesedaran tentang peranan dan aktivitinya. Ahli Persatuan Warga Emas melahirkan rasa kagum terhadap keupayaan TUDB dan menyatakan penghargaan atas peluang untuk mengenali lebih dekat operasi serta tanggung jawab angkatan udara. TUDB komited dalam membina hubungan erat dengan masyarakat dan menyemai semangat perpaduan serta kebanggaan nasional. Melalui penganjuran aktiviti seperti ini, TUDB berharap dapat memperkukuh pemahaman dan penghargaan masyarakat terhadap peranan pentingnya dalam mempertahankan kedaulatan negara.