Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

HANDOVER CEREMONY FOR RBAirF COMMANDER SUPPORT GROUP

Rimba Air Force Base, Friday, 26 November 2021 – The Support Group Headquarters, RBAirF held a Handover Ceremony between Colonel (U) Harmadi bin Haji Mamit, the outgoing Commander Support Group, with Lieutenant Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, the incoming Commander Support Group at Dewan Punai, Rimba Air Force Base today. Also in attendance were senior officers, officers, Regimental Sergeant Major and RBAirF personnel.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a speech from the outgoing Commander Support Group. The ceremony continued with the signing of the Handing Over Certificate between Colonel (U) Harmadi bin Haji Mamit and Lieutenant Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley which marks the official transfer of leadership and command of the Commander Support Group, RBAirF. As the newly appointed Commander Support Group of RBAirF, Lieutenant Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley also delivered his inaugural speech during the ceremony.

The ceremony concluded with a closing doa led by by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin. Colonel (U) Harmadi bin Hj Mamit who has held the Commander Support Group position for over 4 years who will be retiring after 33 years of dedicated service to the RBAF. The ceremony was conducted in accordance with Standard Operating Procedures and guidelines issued by the Ministry of Health.


Leftenan Kolonel (U) Pengiran Hasrul  Ariffin bin Pengiran Haji Rosley menyampaikan ucapan rasminya sebagai Pemerintah Kumpulan Bantu yang baru


UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH KUMPULAN BANTU TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 26 November 2021 – Markas Kumpulan Bantu, TUDB telah mengadakan Upacara Serah Terima Tugas di antara Yang Mulia Kolonel (U) Harmadi bin Haji Mamit, Mantan Pemerintah Kumpulan Bantu dengan Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Pemerintah Kumpulan Bantu TUDB yang baharu bertempat di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba pagi ini. Turut hadir di upacara tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Rejimen Sarjan Mejar dan anggota-anggota TUDB.

Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan daripada Mantan Pemerintah Kumpulan Bantu. Acara diteruskan dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah Kumpulan Bantu di antara Yang Mulia Kolonel (U) Harmadi bin Haji Mamit dengan Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley yang melambangkan penyerahan tugas sebagai Pemerintah Kumpulan Bantu TUDB secara rasminya. Sebagai Pemerintah Kumpulan Bantu TUDB yang baru, Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley juga berpeluang menyampaikan ucapan rasmi beliau semasa upacara tersebut.

Upacara tersebut diakhiri dengan bacaan doa penutup yang diketuai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Hj Zainuddin. Kolonel (U) Harmadi bin Hj Mamit telah memegang jawatan sebagai Pemerintah Kumpulan Bantu selama 4 tahun yang mana beliau akan bersara setelah berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada ABDB selama 33 tahun. Upacara tersebut telah dikendalikan mengikut Prosedur Operasi Standard dan garispandu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.



Kolonel (U) Harmadi bin Haji Mamit