Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAF PRIHATIN CENTRE CONDUCTS BRIEFING FOR RBAirF TO RAISE AWARENESS AGAINST DRUGS

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 12 August 2022 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) PRIHATIN Centre conducted an Anti-Drug Awareness Briefing (TEKAD), which introduces crisis intervention approaches to drug usage to the Royal Brunei Air Force (RBAirF) personnel, which was briefed by Major Amiza binti Haji Zainal Abidin, Head of Counselling, RBAF PRIHATIN Centre.

Present during the brief was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF. A total of 196 personnel attended TEKAD which included senior officers, officers and non-commissioned officers from the RBAirF Headquarters and No. 7 Wing personnel.

The TEKAD briefing is one of the on-field projects that RBAF PRIHATIN Centre is conducting to raise awareness against drugs usage and to encourage a safe and positive environment for discussing and addressing drug addiction, prevention, and intervention. The next briefing will be conducted involving an estimated 900 more personnel from the Operation Group and Support Group which will be held at Punai Hall, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).



TAKLIMAT DARIPADA PUSAT PRIHATIN ABDB BAGI TUDB UNTUK MENINGKATKAN KESEDARAN TERHADAP DADAH

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 12 Ogos 2022 – Pusat PRIHATIN Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Taklimat Kesedaran Anti Dadah (TEKAD), yang membincangkan pendekatan intervensi krisis terhadap penggunaan dadah kepada anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang disampaikan oleh Mejar Amiza binti Haji Zainal, Ketua Pegawai Kaunseling, Pusat PRIHATIN ABDB.

Hadir pada taklimat tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Seramai 196 kakitangan telah menghadiri TEKAD termasuk Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Pegawai tidak bertauliah dari Ibu Pejabat TUDB dan anggota daripada Cawangan No. 7.

Taklimat TEKAD adalah salah satu projek yang sedang dijalankan oleh Pusat PRIHATIN ABDB untuk meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan dadah dan untuk menggalakkan persekitaran yang selamat dan positif untuk membincangkan dan menangani penagihan, pencegahan dan intervensi dadah. Taklimat seterusnya akan dijalankan melibatkan lebih kurang 900 lagi anggota daripada Kumpulan Gerakan dan Kumpulan Bantu yang akan dilangsungkan di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).