Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF HELD TAHLIL FUNCTION AT SULTAN OMAR 'ALI SAIFUDDIEN MOSQUE

BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 19 April 2021 - The Ministry of Defence and the Royal Armed Forces (RBAF) held a recitation of Surah Yasin and Tahlil for Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit Binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman and Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah today. The function was held at the Omar 'Ali Saifuddien Mosque, Bandar Seri Begawan.

Present at the religious function was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II. Also present were Commander of RBAF, Permanent Secretary, Service Commanders, RBAF Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries as well as MINDEF and RBAF officers and personnel.

The function began with Zuhur prayers led by Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kuncang, followed by the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Yasin, Tahlil and concluded with the recitation of Doa Tahlil led by Yang Mulia Imam Md. Hasnal bin Haji Mohamad.





KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MENGADAKAN MAJLIS TAHLIL DI MASJID SULTAN OMAR 'ALI SAIFUDDIEN 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 19 April 2021 - Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit Binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Majlis tersebut diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zuhur diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kuncang, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Yasin dan Tahlil dan diakhiri dengan bacaan Doa Tahlil yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Md. Hasnal bin Haji Mohamad.


Attachments