Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF CONCLUDES DIKIR MAULUD NIGHT 1443H/2021M VIRTUALLY

MONDAY, 18 October 2021 – To mark the conclusion of the 12 consecutive nights of Dikir Maulud to commemorate the birth of Prophet Muhammad (PBUH) and to seek blessings from Allah Subhanahu wa Ta’ala, the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a closing for Dikir Maulud virtually today. 


The event organised by the RBAF Religious Department (JAMA'AT), was held concurrently at all RBAF surau’s and was joined by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander RBAF; Permanent Secretary at the Ministry of Defence; Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.

The event commenced after the Maghrib prayers beginning with the recitation of Sayyidul Istighfar, Sirah Nabawiyyah, Dikir Assalamualaika, Dikir Alhamdulillah, Dikir Marhaban, and concluded with the recitation of doa and selawat, led by the Imams of all Ministry of Defence and RBAF suraus.






KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB ADAKAN MAJLIS PENUTUP MALAM DIKIR MAULUD 1443H/2021M SECARA DALAM TALIAN

ISNIN, 18 Oktober 2021 – Bagi menandakan berakhirnya Dikir Maulud 12 malam berturut-turut sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam dan memohon ganjaran pahala serta syafaat dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan malam penutup Majlis Dikir Maulud secara dalam talian hari ini.

Turut memeriahkan majlis tersebut yang diadakan secara serentak di seluruh surau di perkhemahan ABDB ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. 

Majlis tersebut bermula selepas menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib, didahului dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Sirah Nabawiyyah, diteruskan lagi dengan Dikir Assalamualaika, Dikir Alhamdulillah, Dikir Marhaban. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan selawat yang dipimpin oleh kesemua Imam surau Kementerian Pertahanan dan ABDB.



Attachments