Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINDEF AND RBAF HELD SPECIAL RELIGIOUS TALK IN CONJUNCTION WITH MAULIDUR RASUL 1443H/2021M

Friday, 22 October 2021 – To further enliven the birth of Prophet Muhammad (PBUH) celebration this year, the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a special virtual religious talk titled 'Rasulullah Kekasih Allah, Kekasihku Dunia Akhirat', which is also the national level theme. The function was organised by RBAF Religious Department (JAMA'AT).

The special religious talk was joined by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, RBAF Commander; Permanent Secretary at the Ministry of Defence; Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.

The function commenced with the recital of Sayyidul Istighfar and Surah Muhammad verse 33 until 38 by Imam Muhammad Hazman bin Hj Mohd Hairul Azme, Imam Surau Al-Barakah, Royal Brunei Air Force (RBAirF) followed by Selawat Badriyyah led by Ustaz Muhammad Nur Amin bin Awang Haji Jali from JAMA’AT. A special religious talk was then delivered by Ustaz Muhammad Naqib bin Haji Awang from the Islamic Da'wah Centre, followed by Dikir Marhaban led by Ustaz Haji Ariffin bin Haji Tuah from JAMA'AT.

The function concluded with a recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam and a Doa to seek blessings and protection from Allah Subhanahu Wa Ta’ala from adversities and diseases led by Major Mujib bin Haji Japar from JAMA'AT.

Prior to this, the Ministry of Defence and RBAF held a virtual closing of the Dikir Maulud on 18 October 2021 at all suraus in the Ministry of Defence and RBAF camps to mark the end of the Dikir Maulud which was conducted for 12 consecutive nights to commemorate the birth of Prophet Muhammad (PBUH) this year.





KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB ADAKAN CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI TAHUN 1443H/2021M 

Juma'at, 22 Oktober 2021 - Dalam menyemarakkan lagi sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan satu Ceramah Khas secara dalam talian bertajuk 'Rasulullah Kekasih Allah, Kekasihku Dunia Akhirat' yang juga merupakan tema Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW peringkat kebangsaan secara dalam talian.

Turut memeriahkan majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Muhammad ayat 33 hingga 38 oleh Imam Muhammad Hazman bin Hj Mohd Hairul Azme, Imam Surau Al-Barakah, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) diikuti oleh laungan Selawat Badriyyah dipimpin oleh Ustaz Muhammad Nur Amin bin Awang Haji Jali dari JAMA'AT.  Ceramah Khas kemudiannya disampaikan oleh Ustaz Muhammad Naqib bin Haji Awang dari Pusat Da'wah Islamiah, disusuli dengan laungan Dikir Marhaban dipimpin oleh Ustaz Haji Ariffin bin Haji Tuah dari JAMA'AT.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Doa memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar negara akan terselamat daripada bala dan segala jenis penyakit yang dipimpin oleh Mejar Mujib bin Haji Japar dari JAMA'AT.

Kementerian Pertahanan dan ABDB juga telah mengadakan Majlis Penutup Malam Dikir Maulud secara dalam talian pada 18 Oktober 2021 yang lalu di kesemua surau di perkhemahan ABDB bagi menandakan berakhirnya Dikir Maulud yang diadakan selama 12 malam berturut-turut sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam pada tahun ini.


Attachments