Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
PASSING OUT PARADE CEREMONY FOR ROYAL BRUNEI ARMED FORCES MALE RECRUITS OF THE 168TH INTAKE


PENANJONG GARRISON, Friday, 17 June 2022 – A total of 300 male recruits of the 168th intake have concluded their six (06) months of basic military training with a Passing Out Parade Ceremony held today at the parade square of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) at Penanjong Garrison. 


Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Permanent Secretary of the Ministry of Health, Negara Brunei Darussalam. Also present were Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; Services Commanders and Joint Force Commander RBAF, Directors, Commandants, senior officers, officers, personnel, parents, guardians and families of the recruits.


During the ceremony, the Guest of Honour received a salute and inspected the parade. He then delivered a speech and presented awards to the recruits and instructors who had shown outstanding performance in different categories throughout the training. 


The award recipients for this intake were 54367 Recruit (U) Muhammad Hanif Farhan bin Azman as the Overall Best Recruit; 54349 Recruit (U) Muhammad Nasruddin bin Nordin for Best Military Skills; 54281 Recruit Mohammad Haffizul Rapaie bin Rapari received the award for Best Light Weapon Recruit and 54280 Recruit Muhd Anwar Arib bin Aminul Amri obtained the Best Physical Training Award. 17247 Corporal Eldy bin Saini received the Best Section Commander Award and 17731 Sergeant (U) Mohammad Ismasahril bin Haji Ismail was named the Best Platoon Sergeant.









UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI 

ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI PENGAMBILAN KE-168 


PENANJONG GARISON, Jumaat, 17 Jun 2022 – Seramai 300 anggota rekrut lelaki telah menamatkan latihan asas ketenteraan selama enam (06) bulan dengan Upacara Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan hari ini di Padang Kawad Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Penanjong Garison. 


Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota ABDB, ibu-bapa dan penjaga serta keluarga anggota rekrut. 


Semasa upacara tersebut, tetamu kehormat menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa perbarisan. Beliau kemudian menyampaikan ucapan dan anugerah-anugerah kepada rekrut-rekrut dan jurulatih-jurulatih yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kategori-kategori tertentu di sepanjang latihan dijalankan.


Penerima-penerima anugerah bagi Pengambilan Rekrut Lelaki ke-168 ialah 54367 Rekrut (U) Muhammad Hanif Farhan bin Azman yang mendapat Anugerah Rekrut Terbaik Keseluruhan; 54349 Rekrut (U) Muhammad Nasruddin bin Nordin mendapat Anugerah Kemahiran Tentera Terbaik; 54281 Rekrut Mohammad Haffizul Rapaie bin Rapari mendapat Anugerah Rekrut Terbaik Senjata Ringan dan 54280 Rekrut Muhd Anwar Arib bin Aminul Amri memperolehi Anugerah Latihan Jasmani Terbaik. 17247 Koperal Eldy bin Saini telah menerima Anugerah Ketua Seksyen Terbaik dan 17731 Sarjan (U) Mohammad Ismasahril bin Haji Ismail dianugerahkan sebagai Platun Sarjan Terbaik.


Attachments