Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
NATIONAL FLAG HOISTING CEREMONY TO MARK HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM’S 76th BIRTHDAY CELEBRATION



BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 1 July 2022 – The National Flag hoisting ceremony to mark the start of nationwide celebrations for His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 76th birthday was held at the vicinity of the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex in the capital today.


Twenty personnel from the Royal Brunei Navy (RBN) led by Lieutenant Junior Grade Amirul Shahdani bin Jasni, RBN, marched into the ceremonial ground where they received the National Flag from the Guest of Honour, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Minister of Home Affairs.


Attending the ceremony representing Yang Mulia Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces, was Yang Mulia Brigadier General Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of the Royal Brunei Land Force. Also present were Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Service Commanders and Joint Force Commander.


The National Flag hoisting ceremony also marks the beginning for the citizens and residents of Brunei Darussalam to fly the Bruneian flag at their residences, public and private premises nationwide in the spirit of patriotism and to strengthen the love for the monarch and country.


The lowering of the giant national flag will be held at the end of this month.








UPACARA MENAIKKAN BENDERA SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-76 TAHUN


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 1 Julai 2022 – Upacara menaikkan bendera besar menandakan sambutan senegara Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam yang ke-76 telah berlangsung di Kawasan Lapang Komplex Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah hari ini.


Seramai 20 orang anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang diketuai oleh Leftenan Madya Amirul Shahdani bin Jasni, TLDB, telah menerima bendera besar daripada tetamu kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.


Hadir semasa upacara tersebut mewakili Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama.


Acara menaikkan bendera besar ini menandakan permulaan bagi menaikkan bendera kebangsaan di rumah-rumah serta premis kerajaan dan swasta di seluruh negara dalam semangat patriotisme serta meningkatkan cinta terhadap raja dan negara.


Upacara menurunkan bendera besar akan berlangsung pada hujung bulan ini.


Attachments