Skip Ribbon Commands
Skip to main content
DEFENCE ACADEMY ROYAL BRUNEI ARMED FORCES MARKS 12th ANNIVERSARY


TANAH JAMBU, Friday, 25 November 2022 – The Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) celebrated its 12th anniversary in a ceremony held at the DA RBAF Auditorium today. Present as Guest of Honour was Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Commandant DA RBAF. Also present were DA RBAF senior officers, officers, military and civilian personnel.


The ceremony began with the recital of Surah Al-Fatihah, followed by the Commandant’s speech. In his speech, Commandant DA RBAF reiterated the pledge of unwavering loyalty to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and reflected on the Academy’s development over the years to meet the RBAF’s requirements for the training and development of RBAF officers. He also acknowledged the Academy’s efforts to overcome challenges and maintain its credibility as a recognised military institution.


The Commandant also shared some of the Academy’s initiatives to be implemented in the near future and called on all officers and personnel to show persistent efforts and commitment in implementing the initiatives. He also pointed out the importance of everyone’s roles and reminded all personnel to display the best qualities in all aspects and work as an integrated academy in the delivery of all training and educational outputs. He concluded his speech by expressing his deep appreciation to all personnel for their dedication, commitment and sacrifice in fulfilling their duties and responsibilities.


The ceremony continued with the presentation of awards to personnel who had demonstrated excellence in the performance of their duties and made outstanding contributions to the organisation throughout the year. The award in the category of ‘Best Senior Non-Commissioned Officers’ went to Staff Sergeant Noralisham bin Osman, while the award in the category of ‘Best Junior Non-Commissioned Officers’ was presented to Lance Corporal Haji Mohd Harysul Helmy bin Johari.


The ceremony then concluded with the recitation of Doa Selamat by Ustaz Abdul Nasir Saufi bin Hassan, DA RBAF Religious teacher, followed by a cake-cutting ceremony and refreshment at the DA RBAF Ceremonial Hall. 

 

 




 


AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE-12

 

TANAH JAMBU, Jumaat, 25 November 2022 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) meraikan hari ulang tahun yang ke-12 dalam satu acara yang diadakan di Auditorium AP ABDB hari ini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Komandan AP ABDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota tentera dan kakitangan awam AP ABDB.


Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan daripada Komandan AP ABDB. Dalam ucapan beliau, Komandan AP ABDB melafazkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sekaligus mengimbas kembali perkembangan Akademi di sepanjang penubuhannya dalam memenuhi keperluan ABDB terutama dalam latihan dan pekembangan pegawai-pegawai ABDB. Beliau juga mengiktiraf semua usaha yang telah dilaksanakan untuk mengatasi cabaran dan mengekalkan kredibiliti AP ABDB sebagai institusi ketenteraan yang diiktiraf.


Komandan AP ABDB turut mengongsikan beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan menyeru semua pegawai dan anggota ABDB untuk sentiasa berusaha gigih dan komited dalam melaksanakan inisiatif tersebut. Beliau juga menegaskan kepentingan peranan setiap anggota dan meningatkan untuk mempamerkan ciri-ciri yang terbaik dari semua aspek dan menjaga keutuhan perpaduan antara satu sama lain dalam pengendalian tugas dan tanggungjawab masing-masing. Bagi mengakhiri ucapan, Komandan AP ABDB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga AP ABDB di atas dedikasi, komitmen serta pengorbanan mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.


Acara diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada anggota-anggota AP ABDB yang menunjukkan prestasi cemerlang di dalam memikul tanggungjawab ketika bertugas dan memberikan sumbangan kepada organisasi sepanjang tahun. Kategori Pegawai Kanan Tidak Bertauliah Cemerlang telah dianugerahkan kepada Staf Sarjan Noralisham bin Osman, manakala, bagi kategori Pegawai Tidak Bertauliah Rendah Cemerlang telah dinobatkan kepada Lans Koperal Haji Mohd Harysul Helmy bin Johari.


 Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Ustaz Abdul Nasir Saufi bin Hassan, Guru Agama AP ABDB, diikuti dengan upacara pemotongan kek dan jamuan di Dewan Istiadat AP ABDB.


Attachments