Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIGH TEA RECEPTION IN CONJUNCTION WITH HIS ROYAL HIGHNESS THE CROWN PRINCE 51st BIRTHDAY CELEBRATION



BOLKIAH GARRISON, Monday, 17 February 2025 - His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman attended a High Tea Reception today in conjunction with His Royal Highness' 51st Birthday Celebration hosted by the Ministry of Defence at the Officers' Mess, Bolkiah Garrison.


Accompanying His Royal Highness the Crown Prince and Her Royal Highness to the reception was His Royal Highness Prince 'Abdul Malik.


Upon arrival at the Officers' Mess in Bolkiah Garrison, His Royal Highness and Her Royal Highness as well as His Royal Highness Prince 'Abdul Malik, were greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II and Datin; and Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Datin.


During the reception, His Royal Highness and Her Royal Highness were invited for a group photo session and subsequently introduced to RBAF personnel who were involved in the Peacekeeping Mission within the Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) for the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL); personnel involved in the Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) Mission 'Operation BADAI TADUH' in the Republic of the Philippines; recipients of the Australia’s OBOE Endeavour Academic Excellence Award for the 14th RBAF Command and Staff Course 2024; officers who have completed the Malaysia Armed Forces Staff College (MAFSC) Course 2024 and the Advanced Command and Staff Course at the New Zealand Defence Force Command and Staff College; Commanding Officers who were involved in the 29th Rim of the Pacific (RIMPAC 2024) Exercise in Hawaii, United States of America and RBAF personnel who participated in the 10th International Competition for Holy Quran Memorisation for the Military in the Kingdom of Saudi Arabia.


His Royal Highness the Crown Prince was then presented with a video clip and a special photobook titled “Sejambak Ristaan XVIII” which contains a collection of photographs capturing His Royal Highness’s presence at events organised by the Ministry of Defence throughout the year 2024 until January 2025. This was followed by the signing of the Commemorative Parchment before proceeding to the special area for the high tea reception.


His Royal Highness the Crown Prince’s 51st Birthday Celebration was further enlivened with a Cake-Cutting Ceremony, during which His Royal Highness also graciously consented to receive a pesambah from all members of RBAF personnel, themed “Integrating Technology Towards a Healthier Lifestyle. 


To bless the ceremony, a Doa Kesyukuran was read by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).


Prior to leaving the ceremony, His Royal Highness and Her Royal Highness as well as His Royal Highness Prince 'Abdul Malik received a Junjung Ziarah from RBAF officers and personnel.













MAJLIS SANTAP PETANG SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE- 51 TAHUN


BOLKIAH GARISON, Isnin, 17 Februari 2025 - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Ke-51 Tahun anjuran Kementerian Pertahanan di Mes Pegawai Bolkiah Garison.


Mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ialah Paduka Adinda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik.


Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II dan Datin; dan Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Datin.



Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia beserta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik kemudian dijunjung untuk menyertai sesi bergambar ramai dan seterusnya disembah kenalkan kepada anggota-anggota ABDB yang mengikuti Penugasan Misi Pengaman di dalam Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL); anggota-anggota yang terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) 'Operasi BADAI TADUH' di Republik Filipina; penerima-penerima RBAF Australia’s OBOE Endeavour Academic Excellence Award bagi Kursus Maktab Turus ABDB ke-14 Tahun 2024; pegawai-pegawai yang telah menamatkan Kursus Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) Malaysia Tahun 2024 dan Kursus Lanjutan Maktab Turus di Kolej Maktab Turus Pertahanan New Zealand; Pegawai-Pegawai Pemerintah yang telah terlibat dalam Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC 2024) di Hawaii, Amerika Syarikat dan anggota-anggota ABDB yang telah menyertai Pertandingan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa bagi Tentera kali Ke-10 di Kerajaan Arab Saudi.


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota kemudiannya disembahkan dengan tayangan klip video dan sebuah buku “Sejambak Ristaan XVIII” yang mengandungi koleksi gambar-gambar kenangan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ke acara-acara Kementerian Pertahanan di sepanjang tahun 2024 hingga Januari 2025. Majlis disusuli dengan penandatanganan lembaran keberangkatan sebelum berangkat ke ruang khas bagi majlis santap.


Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota yang ke-51 Tahun turut dimeriahkan dengan Upacara Memotong Kek Puja Usia, di mana Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan menerima pesambah dari seluruh warga ABDB yang bertemakan “Integrating Technology Towards a Healthier Lifestyle”.


Bagi memberkati majlis, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).


Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia beserta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB.​


Attachments