Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ROYAL BRUNEI ARMED FORCES SWIMMING AND WATER POLO CHAMPIONSHIP 2024/2025



​Rimba Air Force Base, Friday, 7 February 2025 - The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Swimming and Water Polo Championship 2024/2025 was held from 3 to 7 February 2025, at the Sports Complex in Rimba Air Force Base. 

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also present were
Members of the RBAF Executive Committee, Senior Officers, Officers and personnel of the RBAF.

The units that participated in the championship were the Royal Brunei Land Forces (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the combined Ministry of Defence team comprising personnel from the Ministry of Defence, Joint Force Headquarters (JFHQ RBAF), Defence Academy RBAF (DA RBAF), Training Institute RBAF (TI RBAF), and Special Forces Regiment (SFR) RBAF.

A total of 12 swimming competitions across three categories were contested in the championship. The swimming categories included Individual, Group and Chain of Command. In addition to the main event, a Water Polo Championship was also held, with the final match played between Royal Brunei Land Forces and the combined Ministry of Defence team.

The Royal Brunei Land Forces emerged as the champion for Water Polo Championship after defeating the combined Ministry of Defence team with a score of 4-2. The Royal Brunei Navy came in third place. Meanwhile, the swimming team from Royal Brunei Navy dominated the Swimming Championship finals, securing the overall winner title with 5 Gold, 4 Sliver and 2 Bronze medals. The Royal Brunei Land forces and the Combined Ministry of Defence team came in second and third place respectively.










KEJOHANAN RENANG DAN POLO AIR PERINGKAT ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI TAHUN 2024/2025 

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 7 Februari 2025 - Kejohanan Renang dan Polo Air peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2024/2025 telah diadakan bermula dari 3 hingga 7 Februari 2025, bertempat di Kompleks Sukan, Pangkalan Tentera Udara Rimba. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir adalah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB.

Unit-unit yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut adalah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan pasukan gabungan Kementerian Pertahanan yang terdiri daripada anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan, Markas Angkatan Bersama ABDB (MAB ABDB), Akademi Pertahanan ABDB (AP ABDB), Institut Latihan ABDB (IL ABDB), dan Rejimen Pasukan Khas (RPK) ABDB.

Sebanyak 12 pertandingan renang dalam tiga kategori telah dipertandingkan pada kejohanan kali ini. Kategori renang yang dipertandingkan ialah Renang Perseorangan, Renang Berkumpulan dan Renang Khas Gabungan Peringkat. Selain dari acara renang, Kejohanan Polo Air juga diadakan dengan perlawanan akhir diantara Pasukan Tentera Darat Diraja Brunei dan Pasukan Gabungan Kementerian Pertahanan.

Pasukan Tentera Darat Diraja Brunei muncul sebagai juara bagi Kejohanan Polo Air selepas menewaskan Pasukan Gabungan Kementerian Pertahanan dengan 4-2. Pasukan Tentera Laut Diraja Brunei telah menduduki tempat ketiga. Sementara itu, pasukan renang Tentera Laut Diraja Brunei menguasai Kejohanan Akhir Renang dan muncul sebagai pemenang keseluruhan dengan memperolehi sebanyak 5 pingat Emas, 4 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Pasukan Tentera Darat Diraja Brunei dan Pasukan Gabungan Kementerian Pertahanan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.


Attachments