Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HUMANITARIAN ASSISTANCE AND DISASTER RELIEF RESPONSE BY THE CIVIL-MILITARY COORDINATION PLATOON OF THE SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCES

​​



TUTONG, Monday, 27 January 2025 – The Civil-Military Coordination (CIMIC) Platoon of the Second Battalion Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) has been deployed to assist residents affected by recent flooding in the Tutong District, in collaboration with the Tutong District Disaster Management Centre (DDMC).


A dedicated team of 19 personnel from 2Bn RBLF were deployed to provide essential transportation support to local residents, using 4-ton truck vehicles to navigate the flooded areas from four-way intersection Jalan Panchong to T-junction Kampong Kuala Ungar, Tutong District. The deployment commenced on Saturday afternoon, focusing on relocating residents stranded due to flooded roads and ensuring their safe passage to intended destinations.


The several days of heavy downpour has resulted in significant flooding in low-lying areas, rendering several residential areas and main roads inaccessible. In light of the ongoing unpredictable  weather conditions, the RBLF remains committed and always prepared to provide disaster relief efforts to the general public in all four districts. The RBLF will also continue to collaborate with the National Disaster Management Centre (NDMC) and other relevant agencies to uphold a Whole-of-Nation Approach to disaster response. 











PLATUN CIVIL-MILITARY COOPERATION (CIMIC) BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMBERI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA ALAM 


TUTONG, Isnin, 27 Januari 2025 – Platun Civil-Military Coordination (CIMIC) dari Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah dikerahkan untuk membantu penduduk kampung yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di Daerah Tutong, dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bencana Daerah Tutong (DDMC). 


Sebuah pasukan yang terdiri daripada 19 anggota dari 2Bn TDDB telah dikerahkan untuk memberikan bantuan pengangkutan kepada penduduk-penduduk kampung yang terjejas menggunakan kenderaan jenis trak 4 tan untuk menavigasi kawasan yang dilanda banjir bermula dari persimpangan empat Jalan Panchong hingga simpang tiga Kampung Kuala Ungar, Daerah Tutong. Bantuan pemindahan penduduk-penduduk kampung yang terkandas akibat jalan yang ditenggelami air telah bermula pada petang hari Sabtu, dalam memastikan mereka sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. 


Keadaan hujan lebat selama beberapa hari telah mengakibatkan banjir teruk di kawasan rendah, menjadikan beberapa rumah kediaman dan sebahagian penghubung jalan raya yang menjadi laluan utama penduduk kampong tidak dapat dilalui. Dalam menghadapi keadaan cuaca yang aktif dan tidak menentu, TDDB tetap komited dan senantiasa bersiapsiaga untuk memberikan bantuan bencana kepada masyarakat awam di keempat-empat daerah. TDDB juga akan terus berkerjasama dengan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) serta agensi-agensi berkaitan dalam mendokong Pendekatan Senegara (Whole-of-Nation Approach) dalam respons bencana.


Attachments