Skip Ribbon Commands
Skip to main content
DEPUTY PERMANENT SECRETARY ATTENDED THE 13TH IISS SHANGRI-LA DIALOGUE SHERPA MEETING



REPUBLIC OF SINGAPORE, Monday, 20 January 2025 - Yang Mulia Poh Kui Choon, Deputy Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Brunei Darussalam, attended the 13th International Institute for Strategic Studies’ (IISS) Shangri-La Dialogue Sherpa Meeting, which took place from 19 to 21 January 2025 at the Shangri-La Hotel, Republic of Singapore.


​This year's meeting featured four sessions, each focusing on specific regional issues including Managing Power Competition in the Asia-Pacific; Safeguarding Asia’s Contested Maritime Domains; The Age of Information, Emerging Technologies and Strategic Stability; and Evolving Defence Partnerships and Regional Security Architecture.​

On the sidelines of the meeting, delegates from Brunei Darussalam engaged in bilateral discussions with their counterparts from the Republic of Singapore, Australia and Canada. These discussions centered on strengthening and exploring opportunities for deeper collaboration and cooperation in defence and military matters.

Since 2013, the IISS has organised the Shangri-La Dialogue Sherpa Meeting, also known as the Fullerton Forum, which serves as a platform for senior defence officials, high-ranking military officers, and non-governmental experts to discuss critical regional security concerns.






TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP HADIRI MESYUARAT SHERPA DIALOG SHANGRI-LA IISS KE-13


REPUBLIK SINGAPURA, Isnin, 20 Januari 2025 – Yang Mulia Poh Kui Choon, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Mesyuarat Sherpa Dialog Shangri-La International Institute for Strategic Studies’ (IISS) ke-13, yang berlangsung pada 19 hingga 21 Januari 2025 di Hotel Shangri-La, Republik Singapura.


Mesyuarat pada tahun ini menampilkan empat sesi, yang mana setiap sesi memfokuskan isu-isu serantau termasuk Pengurusan Persaingan Kuasa di Asia-Pasifik; Melindungi Domain Maritim Asia yang Dipertandingkan; Era Maklumat, Teknologi Baharu Muncul dan Kestabilan Strategik; dan Perkongsian Pertahanan yang Berkembang dan Seni Bina Keselamatan Serantau.​​

Delegasi Negara Brunei Darussalam juga mengadakan perjumpaan-perjumpaan dua hala secara sampingan bersama pegawai-pegawai rakan sejawat dari Republik Singapura, Australia dan Kanada. Perjumpaan tersebut tertumpu kepada perbincangan untuk mengukuhkan dan meneroka peluang-peluang bagi kolaborasi dan kerjasama yang lebih mendalam dalam hal pertahanan dan ketenteraan.

Sejak tahun 2013, IISS telah menganjurkan Mesyuarat Sherpa Dialog Shangri-La, juga dikenali sebagai Fullerton Forum, yang berperanan sebagai landasan bagi pegawai-pegawai kanan pertahanan, ketua tinggi tentera, dan para pakar bukan kerajaan untuk membincangkan isu-isu kritikal keselamatan serantau.​

Attachments