Skip Ribbon Commands
Skip to main content
BLOOD DONATION CAMPAIGN AT BERAKAS GARRISON IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 63RD ANNIVERSARY


BERAKAS GARRISON, Wednesday, 15 January 2025 – Personnel from the Royal Brunei Land Forces (RBLF) participated in a Blood Donation Campaign as part of the Royal Brunei Armed Forces’ (RBAF) 63rd Anniversary celebrations. This initiative, organised in collaboration with the Blood Donation Centre, Department of Laboratory Services at Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, under the Ministry of Health, aimed to support the National Blood Bank. 

The RBLF personnel contributed 97 pints of blood, significantly boosting the campaign’s total collection to 409 pints. The campaign emphasises the importance of collective efforts in meeting the nation’s healthcare needs and fostering a sense of social responsibility.

This initiative reflects the commitment of the personnel from the RBLF to serving beyond their operational duties, showcasing their dedication to community welfare and strengthening unity within the nation.






KEMPEN DERMA DARAH PERINGKAT BERAKAS GARISON SEMPENA ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-63 TAHUN

BERAKAS GARISON, Rabu, 15 Januari 2025 – Anggota-anggota daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai Kempen Derma Darah sempena sambutan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Ke-63 tahun. Inisiatif ini diadakan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), di bawah Kementerian Kesihatan yang bertujuan untuk menyokong keperluan tabung darah Negara.

Anggota-anggota TDDB telah menyumbangkan sebanyak 97 pain darah, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan kutipan kempen ini kepada 409 pain. Kempen ini menekankan pentingnya usaha bersama dalam memenuhi keperluan kesihatan negara dan memupuk tanggungjawab sosial.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen anggota-anggota TDDB untuk berkhidmat melangkaui tugas-tugas operasi mereka, sambil menunjukkan dedikasi terhadap kebajikan masyarakat dan memperkukuh perpaduan dalam negara.


Attachments