RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 10 January 2025 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Change of Command Ceremony for the Commander of the RBAirF at the RBAirF Parade Square, Rimba Air Force Base, marking the transition of leadership from Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim to Yang Mulia Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud. Also present to witness the ceremony were Yang Mulia Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, the spouse of the outgoing Commander of the RBAirF, and Yang Mulia Hajah Rosnah binti Haji Matamit, the spouse of the newly appointed Commander of the RBAirF, including members of the RBAirF Board of Executive with spouses.
Upon arrival, Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif was honoured with a Guard of Honour and followed by a march-past parade, reflecting the professionalism of RBAirF personnel. In his farewell speech, he highlighted key achievements during his tenure, including advancements in Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR) capabilities, enhanced airlift capacity with the C295MW Transport Aircraft and the Blackhawk S70i Helicopters, the anticipated arrival of the H145M Helicopters, improved Drone Detection Systems, and training developments with the establishment of the Training Group and No. 8 Wing.
Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif commended the RBAirF's achievements and expressed optimism for its future under a new leadership. He extended his heartfelt gratitude for the dedication and support shown throughout his tenure.
The ceremony concluded with the formal transfer of command, symbolised by the signing of certificates. Yang Mulia Colonel (U) Haji Haszahaidi, received his first Commander's Salute as the 16th Commander of RBAirF, and inspected the Guard of Honour. In his inaugural speech, he expressed gratitude for the trust placed in him and emphasised the importance of Maqasid Syariah principles in leadership as well as daily operations.
He also emphasised the importance of integrating Maqasid Syariah principles of religion, life, intellect, lineage, and wealth as a foundation for leadership and daily practice. He urged all personnel to fulfill Islamic obligations, prioritise safety, maintain work-life balance, care for families, and protect the RBAirF assets, aligning these efforts with strategic goals rooted in Islamic values.
As a farewell tribute, Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif was given an Aerial Tour aboard the C295MW Transport Aircraft.
The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) extends its gratitude to him for his exemplary service and wishes him success in his new role as the Deputy Commander of the RBAF. At the same time, the RBAF congratulates Yang Mulia Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud on his appointment as the 16th Commander of the RBAirF and wishes him every success in his leadership leading the unit.
UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 10 Januari 2025 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Upacara Serah Terima Tugas Pemerintah TUDB di Padang Kawad, Pangkalan Tentera Udara Rimba, menandakan peralihan tampuk kepimpinan daripada Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim kepada Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud. Turut hadir bagi menyaksikan upacara tersebut ialah Yang Mulia Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, isteri Pemerintah TUDB yang akan menyerahkan tugas, dan Yang Mulia Hajah Rosnah binti Haji Matamit, isteri Pemerintah TUDB yang baharu, serta Ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB bersama isteri-isteri masing-masing.
Sejurus ketibaan, Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif diberi penghormatan daripada Kawalan Kehormatan dan diikuti dengan perbarisan berjalan lalu, yang mencerminkan profesionalisme warga TUDB. Dalam ucapan perpisahannya, beliau mengetengahkan pencapaian penting semasa tempoh perkhidmatannya, termasuk peningkatan keupayaan
Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR), peningkatan kapasiti pengangkutan udara dengan Pesawat Angkut C295MW dan Pesawat Helikopter
Blackhawk S70i, ketibaan Pesawat Helikopter H145M yang akan datang, Sistem Pengesanan Dron yang lebih berkesan, dan kemajuan latihan melalui penubuhan Kumpulan Latihan dan Cawangan No. 8.
Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif memuji pencapaian TUDB dengan menyatakan keyakinan terhadap masa depannya di bawah kepimpinan baharu. Beliau juga mengucapkan penghargaan yang tulus ikhlas atas dedikasi dan sokongan disepanjang tempoh perkhidmatannya.
Upacara diteruskan dengan penyerahan tugas secara rasmi melalui penandatanganan sijil. Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi kemudiannya menerima tabik Hormat Panglima buat pertama kalinya selaku Pemerintah TUDB yang Ke-16, dan diikuti dengan memeriksa Kawalan Kehormatan. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan dan menekankan kepentingan prinsip Maqasid Syariah dalam kepimpinan serta operasi harian.
Beliau juga menekankan kepentingan mengintegrasikan prinsip Maqasid Syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta sebagai asas kepimpinan dan amalan harian. Beliau menyeru kepada seluruh anggota untuk menunaikan tanggungjawab Islam, memelihara keselamatan, menjaga keseimbangan kerja dan kehidupan, memastikan kebajikan keluarga, serta melindungi aset-aset TUDB, sejajar dengan matlamat strategik yang berlandaskan nilai-nilai Islam.
Sebagai penghormatan terakhir, Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif dibawa dalam
Aerial Tour menggunakan Pesawat Angkut C295MW.
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas khidmat cemerlang beliau serta mendoakan kejayaan dalam peranan baharu sebagai Timbalan Pemerintah ABDB. Pada masa yang sama, ABDB mengucapkan tahniah kepada Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud atas pelantikan beliau sebagai Pemerintah TUDB yang ke-16 dan mendoakan kejayaan beliau dalam memimpin TUDB.