BOLKIAH GARRISON, Thursday, 2 January 2025 – Personnel from the Ministry of Defence, The Joint Force Headquarters (JFHQ) and the Defence Academy (DA) participated in a Blood Donation Campaign as part of the Royal Brunei Armed Forces’ (RBAF) 63rd Anniversary celebrations. This initiative, organised in collaboration with the Blood Donation Centre, Department of Laboratory Services at Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, under the Ministry of Health, aimed to support the National Blood Bank.
The personnel involved contributed 56 pints of blood, significantly increasing the campaign’s total collection to 312 pints so far. The campaign emphasises the importance of collective efforts in meeting the nation’s healthcare needs and fostering a sense of social responsibility.
This initiative reflects the commitment of the personnel from the Ministry of Defence, the JFHQ and DA RBAF to serving beyond their operational duties, showcasing their dedication to community welfare and strengthening unity within the nation.
The next Blood Donation Campaign, held in conjunction with the RBAF 63rd Anniversary will be held on 9 January 2025 at Berakas Garrison.
KEMPEN DERMA DARAH PERINGKAT BOLKIAH GARISON SEMPENA ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-63 TAHUN
BOLKIAH GARISON, Khamis, 2 Januari 2025 – Anggota-anggota daripada Kementerian Pertahanan, Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) dan Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) telah menyertai Kempen Derma Darah sempena sambutan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Ke-63 tahun. Inisiatif ini diadakan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), di bawah Kementerian Kesihatan yang bertujuan untuk menyokong keperluan tabung darah Negara.
Anggota-anggota yang terlibat telah menyumbangkan sebanyak 56 pain darah, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan kutipan kempen ini kepada 312 pain setakat ini. Kempen ini menekankan kepentingan usaha bersama dalam memenuhi keperluan kesihatan negara dan memupuk tanggungjawab sosial.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen anggota-anggota Kementerian Pertahanan, MAB ABDB dan AP ABDB untuk berkhidmat melangkaui tugas-tugas operasi mereka, sambil menunjukkan dedikasi terhadap kebajikan masyarakat dan memperkukuh perpaduan dalam negara.
Kempen Derma Darah Sempena Hari Ulang Tahun ABDB Ke-63 Tahun seterusnya akan diadakan pada 9 Januari 2025 di Berakas Garison.