Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM RECEIVES IN AUDIENCE THE CHIEF OF DEFENCE FORCE OF THE MALAYSIAN ARMED FORCES


​ISTANA NURUL IMAN, Wednesday, 22 January 2025 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today received in audience Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman, Chief of Defence Force of the Malaysian Armed Forces. The Audience Ceremony took place at Istana Nurul Iman.

Accompanying Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman were Mrs Nur Ezira Mahadi, Chargé d’Affaires, High Commission of Malaysia in Bandar Seri Begawan and Senior Officials from the Malaysian Armed Forces.

Brunei Darussalam and Malaysia enjoy strong and cordial bilateral diplomatic relations, with defence cooperation formally established through the signing of a Memorandum of Understanding on Defence Cooperation on 14 February 1992. Various bilateral defence collaborations such as Joint Defence Working Committee meetings, joint military exercises, and training programs have been developed, as has multilateral cooperation particularly within the ASEAN Defence Ministers' Meeting (ADMM) which reaffirms the commitment of both countries to the peace of neighbouring countries as well as regional security cooperation.

This visit marks the Farewell Visit of Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman to Brunei Darussalam. Yang Berbahagia is the 22nd Chief of Defence Force of the Malaysian Armed Forces and will conclude his service and handover the reins of the highest leadership of the Malaysian Armed Forces on Friday, 31 January 2025. Yang Berbahagia and his delegation are in Brunei Darussalam from 21 to 22 January 2025. 






KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 

Istana Nurul Iman, Rabu, 22 Januari 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Mengiringi Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman ialah Puan Nur Ezira Mahadi, Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Angkatan Tentera Malaysia. 

Negara Brunei Darussalam dan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dua hala yang erat lagi mesra, di mana kerjasama pertahanan telah dimeterai secara rasminya melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan pada 14 Februari 1992. Pelbagai kolaborasi pertahanan dua hala seperti mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama, latihan ketenteraan bersama dan program kursus telah dibina, dan begitu juga kerjasama pelbagai hala khususnya dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang menegaskan komitmen kedua buah negara terhadap keamanan negara berjiran dan juga kerjasama keselamatan serantau. 

Lawatan kali ini merupakan Lawatan Perpisahan Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman ke Negara Brunei Darussalam. Yang Berbahagia adalah Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang Ke-22 dan akan menamatkan perkhidmatan dan menyerahkan tampuk kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia pada hari Jumaat, 31 Januari 2025. Yang Berbahagia dan rombongan berada di Negara Brunei Darussalam selama dua hari mulai 21 hingga 22 Januari 2025. 


Attachments