Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE OF BRUNEI DARUSSALAM WELCOMES FAREWELL VISIT FROM THE CHIEF OF DEFENCE FORCE OF THE MALAYSIAN ARMED FORCES

BOLKIAH GARISON, Wednesday, 22 January 2025 - The Ministry of Defence of Brunei Darussalam received a farewell visit from Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman, Chief of Defence Force of the Malaysian Armed Forces (MAF), this morning, who is in Brunei Darussalam from 21 January to 22 January 2025.


Upon arrival at the Bolkiah Garrison, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman was greeted by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Mohammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and received a General Salute from the Guard of Honour mounted by personnel from the Royal Brunei Land Forces (RBLF). Following the formalities, Chief of Defence Force of the MAF made a farewell call to the Commander of the RBAF. On a separate session, Chief of Defence Force of the MAF also made a farewell call to Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II.

During their discussions, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Mohammad expressed his deep appreciation for the support and collaboration extended by the RBAF, which has been instrumental in fortifying the close ties between the two armed forces. Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Mohammad  reaffirmed the MAF's commitment to further enhancing this cooperation. Additionally, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Mohammad expressed gratitude for the strong bonds and collaborative efforts established throughout his tenure.

As the 22nd Chief of Defence Force of the MAF, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Mohammad will conclude his service and officially hand over his duties on Friday, 31st January 2025.












KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TELAH MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BOLKIAH GARISON, Rabu, 22 Januari 2025 — Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam telah menerima lawatan perpisahan daripada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pagi ini yang mengadakan lawatan ke Negara Brunei Darussalam dari 21 Januari hingga 22 Januari 2025.

Setibanya di Bolkiah Garison, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah disambut oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Mohammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan menerima Tabik Hormat Panglima dari Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Sejurus selesai upacara rasmi, Panglima ATM telah mengadakan kunjungan perpisahan kepada Pemerintah ABDB. Dalam sesi yang berasingan, Panglima ATM juga membuat kunjungan perpisahan kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Dalam perjumpaan tersebut, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah menyatakan penghargaan yang mendalam di atas sokongan dan kerjasama diberikan oleh ABDB, yang telah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan erat di antara kedua Angkatan Tentera. Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad turut menegaskan komitmen ATM untuk terus meningkatkan lagi kerjasama ke arah ini. Selain itu, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad seterusnya menyatakan rasa terima kasih atas ikatan kerjasama yang kukuh dan usaha kolaboratif yang telah dibina sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman, sebagai Panglima ATM yang ke-22, akan menamatkan perkhidmatannya dan secara rasmi menyerahkan tugasnya pada hari Jumaat, 31 Januari 2025.​

Attachments