TANAH JAMBU, Thursday, 23 January 2025 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, today graced the Sovereign’s Parade Ceremony for the 23rd Intake of Officer Cadets of the Royal Brunei Armed Forces’ (RBAF) Officer Cadet School, held at the Parade Square of the Defence Academy, RBAF in Kampung Tanah Jambu.
Accompanying His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office.
The arrival of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II; and Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces.
Shortly after, His Majesty was accorded the Royal Salute and then inspected the parade comprising Officer Cadets from the 23rd Intake, which was commanded by 1201 Captain Nursazwilla binti Rosdie.
At the ceremony, His Majesty delivered a Titah. This was then followed by the presentation of awards to the best Officer Cadets of the 23rd Intake.
The awards presentation began with the prestigious Sword of Honour being presented to Officer Cadet Nor Azwar Zuwairey bin Haji Norshamli. The award is the highest award bestowed to an officer cadet and symbolise excellence in all aspects of training.
His Majesty then presented the Best Academic Award to Officer Cadet Dayangku Nur Muta’wakillah binti Pengiran Haji Mohd Ali based on the cadet’s outstanding overall academic results throughout the training. This was followed by the presentation of the Best Military Skills Award to Officer Cadet Muhd Nizam Saadudin bin Mohd. Yusof, RBN, based on the cadet’s excellence in all areas of military skills; and lastly the Best in Physical Training Award to Officer Cadet (U) Muhd Irfan Affendy bin Muhd Eddy Rizwan Affendy as a recognition to the cadet’s remarkable achievement in physical training.
'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' was cheered three times from the parade, followed by a Doa read by Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of RBAF Religious Directorate.
From the Parade Square, His Majesty then proceeded to the Defence Academy RBAF’s Ceremonial Hall, where His Majesty received a Pesambah called ‘Al-Intisar Al-Basala’ or Triumph of Valor; and ‘Buku Perjalanan’ (a Journey Book) which documented the 50-weeks of intensive training of the 23rd Intake of Officer Cadets since 12 February 2024.
His Majesty then received Junjung Ziarah from the Newly Commissioned Officers with their respective families. His Majesty signed the Royal Parchment and proceeded with a group photo session upon leaving the ceremony.
A total of 52 Officer Cadets (39 Male Officers and 13 Female Officers) were commissioned today. 25 Officer Cadets were commissioned as Royal Brunei Land Forces (RBLF) officers, 17 Officer Cadets as Royal Brunei Navy (RBN) officers, nine Officer Cadets as Royal Brunei Air Force (RBAirF) officers, and one international Officer Cadet was commissioned as an officer in the Malaysian Army, Malaysian Armed Forces.
The Sovereign's Parade is the culmination of the RBAF Officer Cadet School’s intensive military training aimed towards equipping newly commissioned officers with knowledge, discipline, professionalism and leadership skills.
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERANGKAT KE UPACARA SOVEREIGN’S PARADE BAGI PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-23, SEKOLAH PEGAWAI KADET ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
TANAH JAMBU, Khamis, 23 Januari 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai-Pegawai Kadet Pengambilan ke-23, Sekolah Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang berlangsung di Padang Kawad Akademi Pertahanan, ABDB, Kampung Tanah Jambu.
Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; dan Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.
Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa Pasukan Perbarisan yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kadet Pengambilan ke-23, Sekolah Pegawai Kadet ABDB dibawah perintah Pegawai Perbarisan, 1201 Kapten Nursazwilla binti Rosdie.
Semasa upacara tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Titah. Ini diikuti dengan pengurniaan anugerah kepada Pegawai-Pegawai Kadet terbaik bagi pengambilan ke-23.
Pengurniaan anugerah-anugerah didahului dengan Anugerah Pedang Kehormatan (Sword of Honour) kepada Pegawai Kadet Nor Azwar Zuwairey bin Haji Norshamli. Anugerah ini merupakan penghormatan tertinggi yang dianugerahkan kepada pegawai kadet, dan simbol kecemerlangan terbaik secara keseluruhan aspek latihan.
Baginda seterusnya mengurniakan Anugerah Terbaik Akademik kepada Pegawai Kadet Dayangku Nur Muta’wakillah binti Pengiran Haji Mohd Ali berdasarkan keputusan keseluruhan akademik yang cemerlang disepanjang latihan. Ini diikuti dengan pengurniaan Anugerah Terbaik Kemahiran Tentera kepada Pegawai Kadet Muhd Nizam Saaduddin bin Mohd. Yusof, TLDB, berdasarkan keputusan keseluruhan dalam mata pelajaran kemahiran tentera yang cemerlang, dan akhir sekali Anugerah Terbaik Ketahanan Jasmani kepada Pegawai Kadet (U) Muhd Irfan Affendy bin Muhd Eddy Rizwan Affendy bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang beliau dalam latihan jasmani.
Sembah 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' kemudiannya dilaungkan sebanyak tiga kali oleh Pasukan Perbarisan, diikuti dengan bacaan Doa oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB.
Dari padang kawad, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung berangkat ke Dewan Istiadat Akademi Pertahanan ABDB dan seterusnya berkenan menerima Pesambah yang dinamakan ‘Al-Intisar Al-Basala’ yang bermaksud ‘Kejayaan dengan Keberanian’, dan Buku Perjalanan yang mendokumentasikan latihan ketenteraan intensif selama 50 minggu yang telah dilalui oleh Pegawai-Pegawai Kadet Pengambilan Ke-23 sejak 12 Februari 2024.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan menerima Junjung Ziarah daripada Pegawai-Pegawai Kadet yang baru ditauliahkan bersama dengan keluarga masing-masing. Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut berkenan menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan dan sesi bergambar ramai sebelum berangkat meninggalkan majlis.
Seramai 52 orang Pegawai Kadet (39 Pegawai Lelaki dan 13 Pegawai Wanita) telah ditauliahkan pada hari ini. Dari jumlah tersebut 25 orang Pegawai Kadet ditauliahkan sebagai pegawai Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), 17 orang Pegawai Kadet ditauliahkan sebagai pegawai Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), sembilan orang Pegawai Kadet ditauliahkan sebagai pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), dan seorang Pegawai Kadet Antarabangsa ditauliahkan sebagai pegawai Tentera Darat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia.
Upacara Sovereign’s Parade adalah kemuncak latihan ketenteraan intensif Sekolah Pegawai Kadet ABDB yang bertujuan bagi melengkapkan pegawai-pegawai yang baru ditauliahkan dengan ilmu pengetahuan, disiplin, profesionalisme dan kemahiran kepimpinan.