MUARA, Thursday, 13 February 2025 - The Ministry of Defence held a
Nisfu Sya'aban 1446
Hijrah Event simultaneously across all
suraus in the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camps, with the focal event at
Surau Al-Huda, Royal Brunei Naval (RBN) Base in Muara.
Present at the event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and the Minister of Defence II. Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, Members of the RBAF Executive Committee along with senior leadership as well as staff and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.
Also invited to enliven the event were representatives from the Muara Police Station and the Marine Police of the Royal Brunei Police Force, a representative from the Muara Fire and Rescue Department, Acting
Penghulus of Serasa, and teachers from the RBN Primary School.
The event began with a mass
Fardhu Maghrib prayer, followed by three recitations of
Surah Yaasin led by Yang Mulia Imam Afiq Abdul Halim bin Haji Daniel Alexander Iskandar Zulkarnain, Imam Tingkat IV. The event continued with a special
doa to mark the significance of
Nisfu Sya’aban 1446
Hijrah and concluded with a mass
Fardhu Isya' prayer led by Yang Mulia Imam Awangku Muhd Yadiy bin Pengiran Surfiddin,
Pekerja Tingkat Khas.
The event was organised to encourage Officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF, along with other invited guests, to heighten their deeds, seek forgiveness and blessings from
Allah Subhanahu Wata'ala on the night of
Nisfu Sya'aban, a night filled
with blessings and significance for all Muslims.

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison

Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison

Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut

Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2Bn

Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Surau Asy Syuhada, Tanah Jambu

Surau RPD Sungai Akar

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN NISFU SYA'ABAN 1446 HIJRAH
MUARA, Khamis, 13 Februari 2025 - Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Sambutan Nisfu Sya'aban 1446 Hijrah secara serentak di kesemua surau di Kementerian Pertahanan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dengan tumpuan utama diadakan di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Muara.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, bersama dengan peringkat kepimpinan serta kakitangan dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Turut dijemput bagi sama-sama memeriahkan majlis tersebut ialah Perwakilan dari Balai Polis Muara dan Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei, Wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Muara, Pemangku Penghulu Mukim Serasa, dan guru-guru Sekolah Rendah TLDB.
Majlis tersebut dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Yaasin sebanyak tiga kali yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Afiq Abdul Halim bin Haji Daniel Alexander Iskandar Zulkarnain, Imam Tingkat IV. Majlis diteruskan dengan bacaan doa khas Nisfu Sya’aban 1446 Hijrah dan diakhiri dengan sembahyang Fardu Isya’ berjemaah yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Awangku Muhd Yadiy bin Pengiran Surfiddin, Pekerja Tingkat Khas.
Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk menggalakkan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB serta para jemputan yang hadir untuk mempertingkatkan amal ibadat, memohon keampunan dan keredhaan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala pada malam Nisfu Sya'aban, malam yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan.