BOLKIAH GARRISON, Sunday, 16 February 2025 – The Ministry of Defence held a Thanksgiving Prayer Ceremony in conjunction with His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office 51st Birthday Celebration. The ceremonies were held simultaneously across all suraus in the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camps, with the main event held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.
Present at the ceremony was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also present were Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Members of the RBAF Executive Committee, Directors, Senior officers, Officers and personnel of the Ministry of Defence.
The ceremony began with a mass Fardhu Maghrib prayer followed by the Sunat Hajat prayer and a recitation of Surah Yaasin. To bless the event, a Special Doa in conjunction with His Royal Highness the Crown Prince's 51st birthday celebration was read by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The ceremony then concluded with a mass Fardhu Isya’ prayer.
Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison

Surau Al-Fa'izun Berakas Garison
Surau Al-Huda Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Al-Barakah PTU Rimba

Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera, 2Bn

Surau Ar-Rahmah, 3Bn Lumut
Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru

Suray Asy Syuhada, Tanah Jambu

Surau Al-Hikmah Penanjong Garison

Surau Sungai Akar RPD
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-51 TAHUN ANJURAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
BOLKIAH GARISON, Ahad, 16 Februari 2025 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang Ke-51 Tahun. Majlis tersebut diadakan secara serentak di kesemua surau-surau di Kementerian Pertahanan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dengan tumpuan utama diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
Hadir di majlis tersebut adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.Turut hadir ialah Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.
Majlis tersebut dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaasin. Bagi memberkati majlis, Doa Khusus sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang Ke-51 Tahun telah dibacakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT). Seterusnya, majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.