Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND ROYAL BRUNEI ARMED FORCES OFFICERS AND PERSONNEL RECEIVED DATES AS A PERSONAL GIFT FROM HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM



BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 12 February 2025 – The Ministry of Defence held a Ceremony for the Distribution of Dates, as a Personal Gift from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in conjunction with the month of Ramadhan 1446 Hijrah/2025 Masihi. The ceremony took place today at the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.


Present to officiate the ceremony was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).


The ceremony began with the recitation of Sayyidul Istighfar, followed by Surah Al-Fatihah and Selawat Tafrijiyyah, before proceeding with the distribution of Dates as a Personal Gift from His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to representatives of the Services Commanders, Directors and Senior Officers from the Military and Civilian Directorates and Units of the Ministry of Defence and RBAF. The event concluded with a Special Doa for the Ceremony for the Distribution of Dates as a Personal Gift from His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, and Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam.


The distribution of the personal gift dates symbolises the love and care of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for his people, which is carried out annually before the arrival of the holy month of Ramadhan.









PEGAWAI-PEGAWAI DAN ANGGOTA KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA KURMA KURNIA PERIBADI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Rabu, 12 Februari 2025 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadhan 1446 Hijrah/2025 Masihi. Majlis diadakan hari ini bertempat di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.


Hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).


Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Selawat Tafrijiyyah, sebelum diteruskan dengan pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada wakil-wakil Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan daripada Jabatanarah-jabatanarah dan Unit-unit Tentera dan Awam di Kementerian Pertahanan dan ABDB. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Khusus sempena Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.


Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi ini melambangkan tanda kasih sayang dan sifat keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada rakyat Baginda, yang dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelang bulan Ramadhan.​


Attachments