Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THE CLOSING CEREMONY OF THE 17TH EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAMME (EDP) BY THE MINISTRY OF DEFENCE



​BOLKIAH GARRISON, Thursday, 1 December 2022 – The closing ceremony for the 17th Executive Development Programme (EDP) on Public Policy and Management for senior government officials hosted by the Ministry of Defence took place today at the Officers' Mess, Bolkiah Garrison.


Present at the ceremony as Guest of Honour was Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence. Also in attendance were Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), High Commissioner of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam, representative from the Embassy of the Sultanate of Oman in Brunei Darussalam, Permanent Secretaries at the Prime Minister's Office and Ministry of Defence, and other representatives from relevant stakeholders.

 

This 17th iteration of the EDP saw 30 participants complete the programme comprising senior officers from the Ministry of Defence and RBAF, Royal Brunei Police Force, the Prime Minister's Office and the Ministry of Education. The Ministry of Defence has also invited and sponsored three foreign participants from the Republic of Indonesia, the Sultanate of Oman, and the Republic of Singapore.

 

This year's EDP saw the reversion of the programme to physical classes, taking note of last year's virtual arrangements. The three-month programme, delivered by the Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP) National University of Singapore, aims to provide knowledge and training for senior executives on perspectives and conceptual frameworks within the field of public policy and management. Participants were also given the opportunity to visit selected local government ministries and attend various special talks from local speakers to strengthen a deeper understanding of Brunei Darussalam's strategic environment through policy-making processes in line with Wawasan Brunei 2035.

 

At the ceremony, Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Acting Director of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), delivered welcoming remarks where he highlighted the Institute's continuous ongoing efforts to improve the programme in the long run. This was followed by remarks from Professor Eduardo Araral of the LKYSSP, and Lieutenant Colonel Mohammed Shalleh bin Haji Ismail, representative of the 17th EDP participants, who represented the participants’ experiences throughout the programme.

 

In his closing speech, the Deputy Minister of Defence emphasised the significance of the programme in its role to be an essential platform for developing senior officers as a conscious effort to ensure excellence in leadership and professional development.

  

Since its inauguration in 2004, a total of 417 senior officers have successfully completed the EDP programme to date. 









MAJLIS PENUTUP PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF SIRI KE-17 ANJURAN KEMENTERIAN PERTAHANAN


BOLKIAH GARISON, Khamis, 1 Disember 2022 – Majlis penutup bagi Program Perkembangan Eksekutif (EDP) bagi Dasar Awam dan Pengurusan bagi Pegawai-Pegawai kanan kerajaan kali ke-17 anjuran Kementerian Pertahanan telah diadakan pada hari ini di Mes Pegawai, Bolkiah Garison.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan.  Turut hadir adalah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, wakil dari Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam, dan Setiausaha-Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan, dan wakil-wakil daripada pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan.


Program EDP kali ke-17 ini menyaksikan seramai 30 peserta kursus telah berjaya menamatkan pengajian mereka yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan dan ABDB, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan. Kementerian Pertahanan juga turut menjemput dan membiayai tiga peserta daripada luar negara iaitu Republik Indonesia, Kesultanan Oman dan Republik Singapura.


Pada tahun ini, program EDP telah dikembalikan pengendaliannya secara fizikal yang mana pada tahun lepas ianya diadakan secara dalam talian. Program selama tiga bulan yang disampaikan oleh Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP) National University of Singapore ini dihasrat untuk menyediakan pengetahuan dan latihan kepada pegawai-pegawai kanan mengenai perspektif dan rangkakerja konsep dalam bidang dasar awam dan pengurusan. Para peserta juga diberi peluang untuk membuat lawatan ke Kementerian-Kementerian Kerajaan yang terpilih dan juga didedahkan dengan ceramah-ceramah khas oleh penceramah tempatan dengan harapan untuk mengukuhkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai persekitaran strategik Negara Brunei Darussalam melalui proses-proses pembentukan dasar sejajar dengan Wawasan Brunei 2035. 


Pada majlis tersebut, Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, selaku Pemangku Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), dalam kata alu-aluan memaklumkan mengenai usaha berterusan Institut untuk terus meningkatkan kualiti program ini dalam jangka masa yang panjang. Ini diikuti dengan ucapan daripada Profesor Madya Eduardo Araral dari LKYSPP, serta Leftenan Kolonel Mohammed Shalleh bin Haji Ismail, wakil peserta EDP, di mana beliau mengongsikan pengalaman para peserta di sepanjang program tersebut.


Dalam ucapan penutup beliau, Yang Mulia Timbalan Menteri Pertahanan menekankan mengenai kepentingan program ini dalam peranannya menjadi satu landasan kearah perkembangan pegawai-pegawai kanan dan sebagai mendukung usaha untuk memastikan kecemerlangan dalam kepimpinan dan perkembangan profesional.


Sejak dirasmikan pada 2004, seramai 417 pegawai kanan telah berjaya menamatkan Program Perkembangan Eksekutif.


Attachments