Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THE OPENING CEREMONY OF 13TH COMMAND AND STAFF COURSE


TANAH JAMBU, Thursday, 12 January 2023 – The opening ceremony of the Command and Staff Course (CSC) 13/2023 took place today at the Auditorium of the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF). Present as Guest of Honour to officiate the opening ceremony was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF. 


Also present at the ceremony were Dr Hazri bin Haji Kifle, Vice Chancellor of University Brunei Darussalam (UBD), RBAF Service Commanders, Joint Force Commander RBAF, Deputy Commissioner of the Royal Brunei Police Force (RBPF), Senior Officers, Defence Advisers/Attachés to Brunei Darussalam as well as representatives from Offices of High Commissions and Embassies in Brunei Darussalam.


A total of 35 officers are attending the course this year, including 18 RBAF officers, one RBPF officer and 16 international military officers from 14 countries - Australia, the People’s Republic of Bangladesh, the Republic of India, the Republic of Indonesia, the Kingdom of Jordan, Republic of Korea, Malaysia, Sultanate of Oman, the Islamic Republic of Pakistan, the Republic of the Philippines, the Kingdom of Saudi Arabia, Republic of Singapore, the Kingdom of Thailand and United States of America.


The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah Al-Kahfi (Verse 66 – 75) led by a representative of the course participants, Major Haji Mohd Faizi bin Haji Tarif, and followed by the opening remarks from the Guest of Honour. This was followed by the flag-unfurling that symbolises the outstanding cooperation between the participating countries and further emphasising the significance of building strong bonds amongst course participants throughout their CSC journey.


The Command and Staff Course 13/2023 is a 40-week course delivered in partnership with UBD as its primary academic provider for the fifth consecutive year, aiming to expand the participants’ professional and academic knowledge towards a contemporary strategic environment and provide insights of its implications on their nature of work as defence and security specialists.


By the end of the course, successful course participants will be awarded the UBD Graduate Diploma in Defence and Security Studies with an opportunity to pursue their Master’s degree in Defence and Security Studies.







MAJLIS PEMBUKAAN BAGI KURSUS MAKTAB TURUS SESI KE-13


TANAH JAMBU, Khamis, 12 Januari 2023 – Majlis pembukaan bagi Kursus Maktab Turus sesi ke-13/2013 telah diadakan pada hari ini di Auditorium Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. 


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dr Hazri bin Haji Kifle, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Markas Angkatan Bersama ABDB, Timbalan Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Pegawai-Pegawai Kanan, Penasihat/Atase Pertahanan asing ke Negara Brunei Darussalam serta wakil-wakil daripada Pejabat Suruhanjaya Tinggi dan Kedutaan Besar di Negara Brunei Darussalam. 


Seramai 35 orang pegawai menghadiri kursus tahun ini termasuk 18 orang pegawai ABDB, seorang pegawai PPDB dan 16 orang pegawai tentera antarabangsa dari 14 negara - Australia, Republik Rakyat Bangladesh, Republik India, Republik Indonesia, Kerajaan Jordan, Republik Korea, Malaysia, Kesultanan Oman, Republik Islam Pakistan, Republik Filipina, Kerajaan Arab Saudi, Republik Singapura, Kerajaan Thailand dan Amerika Syarikat.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kahfi (Ayat 66 – 75) diketuai oleh wakil peserta kursus, Mejar Haji Mohd Faizi bin Haji Tarif, diikuti dengan ucapan alu-aluan Tetamu Kehormat. Upacara diteruskan dengan pengibaran bendera-bendera negara yang mana melambangkan kerjasama yang kukuh diantara negara-negara yang mengambil bahagian dalam kursus dan menekankan kepentingan bagi peserta-peserta kursus untuk menjalin persahabatan yang kukuh di sepanjang menjalani CSC mereka.


Kursus Maktab Turus sesi ke 13/2023 ini merupakan kursus selama 40 minggu yang dikendalikan dengan kerjasama UBD bagi tahun kelima sebagai Pembekal Akademik Utama bertujuan memperluaskan pengetahuan profesional dan akademik peserta kursus ke arah persekitaran strategik kontemporari dan memberi penekanan mengenai kesannya terhadap tugasan mereka sebagai pakar di bidang pertahanan dan keselamatan.  


Di penghujung kursus ini, peserta-peserta kursus yang berjaya akan dianugerahkan Graduate Diploma in Defence and Security Studies daripada pihak UBD dengan peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master of Defence and Security Studies. ​


Attachments